Rabu, 7 November 2012

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Pengisytiharan Bandaraya Shah Alam

Pada 7 November 2000, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pengeluaran dua syiling peringatan yang sah diperlakukan (legal tender) sempena pengisytiharan Shah Alam sebagai bandaraya. Duit syiling peringatan ini, jenis perak dan dwilogam dengan kilatan istimewa (brilliant uncirculated) mulai dijual kepada orang ramai pada hari Rabu, 8 November 2000.

Duit syiling peringatan perak dengan nilai muka sebanyak RM10, dijual pada mulanya dengan harga RM120 setiap satu. Kuantiti tempaan adalah terhad kepada 1,000 keping sahaja. Duit syiling peringatan dwilogam dengan nilai muka sebanyak RM1, dijual pada mulanya dengan harga RM5 setiap satu. Kuantiti tempaan adalah terhad kepada 10,000 keping sahaja.

Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk yang sama digunakan untuk kedua-dua jenis syiling peringatan. Rekabentuk hadapan memaparkan mercu tanda Shah Alam iaitu Masjis Negeri yang diletakkan ditengah-tengah antara Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan perkataan "SEMPENA PENISYTIHARAN BANDARAYA SHAH ALAM" dan tarikh penisytiharan "10 OKTOBER 2000" disekeliling syiling. Manakala rekabentuk bahagian belakang pula memaparkan logo rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan nilai muka syiling.

Konsep rekabentuk kedua-dua jenis syiling disumbangkan oleh MBSA dan The Royal Mint of Malaysia.

Spesifikasi Teknikal

Jenis Perak Sterling Dwilogam
Kandungan Logam Perak 92.5%
Tembaga 7.5%
Luar  Tembaga92% Aluminium6% Nikel2%
Teras Tembaga75% Nikel25%
Klasifikasi Kilatan Istimewa Kilatan Istimewa
Diameter 35.7 mm 26.5 mm
Tebal 2.7 mm 2.33 mm
Berat 21.7 gram 8.15 gram

Duit syiling peringatan perak didatangkan di dalam kotak baldu biru, manakala syiling dwilogam dibungkus di dalam kad syiling (Coin Card) yang menarik bersama-sama dengan ringkasan mengenai sejarah Bandar Shah Alam.

Duit syiling peringatan ini ditempa dan dibungkus oleh The Royal Mint Malaysia. Duit syiling peringatan ini dijual di
The Royal Mint Malaysia, Kompleks Kilang Wang Lot pada 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40720 Shah Alam melalui pesanan talian atau pembelian langsung bergantung kepada ketersediaan stok. Duit syiling juga sedia untuk dijual di Ibu Pejabat BNM di Kuala Lumpur, BNM cawangan di Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu, dan Wisma MBSA di Shah Alam.

Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi
The Royal Mint Malaysia +603-5519 1611/2/3 atau faksimili ke 603-5519 8746.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan