Khamis, 8 November 2012

Pengeluaran Duit Syiling Emas Peringatan Tahun 2000

Pada 23 Disember 1999, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan emas yang sah diperlakukan (legal tender) bersempena memperingati kedatangan alaf baru. Duit syiling peringatan emas tahun 2000 (The Commemoretive Millennium Gold Coin) peruf ini, telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, iaitu YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Duit syiling peringatan emas dengan nilai muka sebanyak RM500, dijual pada mulanya dengan harga RM2,000 setiap satu. Kuantiti tempaan yang dibenarkan oleh BNM adalah terhad kepada 10,000 keping sahaja namun ramai yang percaya kuantiti sebenar tempaan adalah juah lebih rendah dari jumlah yang dibenarkan oleh pihak BNM.

Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk hadapan duit syiling ini memaparkan motif sirih junjung, iaitu kelengkapan tradisional Melayu bagi menyembut tetamu, dua bilah keris melambangkan kesediaan negara menghadapi cabaran alaf baru dan glob serta neutron bagi mencerminkan yang sedang memacu ke arah era baru yang berlandaskan teknologi maklumat dalam persekitaran yang lebih global. Disekeliling syiling tertera perkataan "MENUJU KEGEMILANGAN ABAD KE-21" dalam tulisan rumi dan jawi. Rekabentuk belakang pula, memaparkan Jata Negara Malaysia dengan nilai muka syiling "500 RINGGIT MALAYSIA"  serta perkataan "SYILING PERINGATAN TAHUN 2000".

Rekabentuk Sarung Pewter

Duit syiling peringatan emas tahun 2000 didatangkan di dalam bekas pewter yang dihiasi corak awan larat yang berkerawang dan replika duit syiling emas kijang zaman Kesultanan Melayu Kelantan pada penutupnya.

Spesifikasi Teknikal Duit Syiling Emas Tahun 2000
 

Jenis
Emas
Kandungan Logam
Emas 999.9
Klasifikasi
Peruf
Diameter
35.0 mm
Ketebalan
1.4  mm
Berat
25.0 gram
Tempaan Dibenarkan
10,000 keping
Nilai Muka
RM500
Harga asal Jualan
RM2,000 sekeping

Duit syiling peringatan emas tahun 2000 dan sarung pewter dihasilkan oleh Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd. Orang ramai boleh mendapatkan syiling peringatan ini melalui pesanan ditalian atau pembelian langsung daripada Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd. di 05-776 5888 atau 03-972 5985/1158 atau faksimili di 05-776 0213 dan 03-971 8010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan