Khamis, 1 November 2012

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Sidang Kemuncak Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Ke-11

Bank Negara Malaysia pada 30 Ogos 2005 telah mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena Sidang Kemuncak Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Ke-11 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada 12-14 Disember 2005. Ketiga-tiga duit syiling tersebut adalah sah diperlakukan (legal tender) dan mempunyai spesifikasi berikut :
  1. Duit Syiling Peringatan Emas (peruf)
    Duit syiling peruf ini diperbuat daripada emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 8.6 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan dijual pada mulanya dengan harga RM1,028 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 150 keping sahaja.

  2. Duit Syiling Peringatan Perak (peruf)
    Duit syiling peruf yang mempunyai nilai muka RM10 diperbuat daripada perak dengan ketulenan 925 dan berat duit ini ialah 21.7 gram setiap keping. Ia dijual pada mulanya dengan harga RM138 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 250 keping sahaja.

  3. Duit Syiling Peringatan Tembaga-Nikel (kilatan istimewa)(Coin Card)
    Duit syiling tembaga-nikel ini mempunyai nilai muka RM1 dan dijual pada mulanya dengan harga RM8 setiap keping. Kuantiti tempaan ialah 20,000 keping sahaja.
Duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan tembaga-nikel peruf. Manakala set 2 dalam satu mengandungi duit syiling perak dan tembaga-nikel peruf. Kedua-dua set tersebut masing-masing akan dijual pada harga RM1,268 dan RM188. Butiran terperinci mengenai spesifikasi kesemua duit syiling peringatan tersebut adalah seperti berikut:

Syiling Peringatan Sempena Sidang Kemuncak Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Ke-11
Spesifikasi Teknikal

Jenis Logam Nilai Muka (RM) Harga Jualan (RM) Kuantiti Tempaan (keping/set) Garispusat (mm) Berat (gram) Bentuk
Emas Peruf Emas (Au999.9) 100 1,028 150 22.0 8.6 Bulat dengan sisi bergerigi
Perak Peruf Perak Sterling (Ag925) 10 138 250 35.7 21.7 Bulat dengan sisi bergerigi
Tembaga-Nikel Kilatan Istimewa Cu75 Ni25 1 8 20,000 33.7 16.8 Bulat dengan sisi bergerigi
Set 2-dalam-1
168 200
Set 3-dalam-1
1,208 150
Nota :
  1. Set 2-dalam-1 mengandungi duit syiling perak dan tembaga-nikel peruf;
  2. Set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling emas, perak dan tembaga-nikel peruf.

Reka bentuk Duit Syiling
Kesemua jenis duit syiling peringatan ini mempunyai reka bentuk yang sama. Duit syiling ini mempunyai reka bentuk hadapan yang sama dengan logo rasmi ASEAN di bahagian tengah syiling dan perkataan "Malaysia" dan tahun "2005" dibawah logo sebagai mengingati tuan rumah persidang ke-11. Disekeliling duit syiling tertera perkataan "11th ASEAN SUMMIT" dan "ONE VISION.ONE IDENTITY.ONE COMMUNITY" iaitu tema persidangan kali ini. Bahagian belakang duit syiling ini pula memaparkan nilai muka, lokasi, dan tarikh persidangan serta ukiran bangunan KLCC sebagai mercu tanda Kuala Lumpur diletakkan di bahagian tengah duit syiling. Bahagian atas duit syiling tertera "SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-11" dan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertera pada bahagian bawah duit syiling.

Tempat Jualan
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan dijual mulai pada 30 Ogos 2005 di lokasi berikut :

Coin Shoppe
The Royal Mint of Malaysia
Kompleks Kilang Wang
Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15
40740 Shah Alam, Selangor D. E.
(Tel. No: 03 - 55191611/2/3)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan