Selasa, 6 November 2012

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Sukan SEA ke-XXI 2001

Pada 30 Ogos 2001, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan 3 jenis duit syiling peringatan yang sah diperlakukan (legal tender) bersempena Sukan SEA ke-XXI, 2001 yang dijadualkan berlangsung pada 8 hingga 17 September 2001. Syiling peringatan ini akan dikeluarkan menggunakan logam emas, perak sterling dan tembaga-nikel. Syiling emas dan perak sterling dikeluarkan dalam bentuk peruf sementara tembaga-nikel dalam bentuk kilatan istimewa (brilliant uncirculated)

Jenis-jenis Duit Syiling Peringatan

  • Set 2 Dalam 1 (Syiling Emas dan Perak Sterling)
    Set 2 dalam 1 mengandungi syiling emas peruf yang diperbuat daripada emas dengan ketulenan 916 dan syiling perak sterling peruf. Syiling emas peruf mempunyai berat 8.6 gram setiap keping dan mempunyai nilai muka RM100. Kuantiti tempaan terhad kepada 500 keping sahaja. Set 2 dalam 1 syiling peringatan ini dijual pada mulanya dengan harga RM920.00 setiap set.

  • Syiling Perak Sterling (individu)
    Syiling perak sterling peruf seberat 21.7 gram mempunyai nilai muka RM10. Kuantiti tempaan terhad kepada 3,000 keping sahaja dan dijual pada mulanya dengan harga RM120 sekeping.

  • Syiling Tembaga-Nikel (Coin Card)
    Duit syiling tembaga-nikel ini dikeluarkan dalam versi kilatan istimewa dengan nilai muka RM1. Kuantiti tempaan terhad kepada 200,000 keping sahaja dan dijual pada mulanya dengan harga RM5 sekeping.

Reka bentuk Duit Syiling

Rekabentuk hadapan untuk ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sama iaitu tertera logo rasmi Sukan SEA XXI dan perkataan BANK NEGARA MALAYSIA dan tarikh kejohanan dibahagian atas dan bawah syiling.

Si-Tumas, maskot rasmi bagi Sukan SEA XXI, digunakan dalam pelbagai lagak untuk rekabentuk pada bahagian belakang syiling peringatan ini. Bahagian belakang duit syiling emas menggambarkan Si-Tumas sedang bergembira memenangi pingat. Duit syiling perak menunjukkan Si-Tumas dalam aktiviti renang sementara Si-Tumas dalam aktiviti gimnastik pada syiling tembaga-nikel. Disekeliling syiling bahagian belakang tertera perkataan SUKAN SEA XXI SEA GAMES dan nilai muka setiap duit syiling tersebut.

Set 2 dalam 1 (Syiling emas dan perak sterling) dan syiling perak sterling individu didatangkan di dalam kotak khas sementara syiling tembaga-nikel didatangkan di dalam kad duit syiling (Coin Card).

Spesifikasi Teknikal

JenisEmasPerak SterlingTembaga-Nikel
Kandungan LogamEmas 91.6%
Tembaga 8.4%
Perak 92.5%
Tembaga 7.5%
Tembaga 75%
Nikel 25%
KlasifikasiPerufPerufKilatan Istimewa
Diameter22.0 mm35.7 mm33.7 mm
Weight8.6 gram21.7 gram16.8 gram

Duit syiling peringatan bersempena Sukan SEA ke-XXI ditempa oleh The Royal Mint of Malaysia dan dijual mulai hari Khamis, 30 Ogos 2001 di 13 cawangan terpilih Bank Simpanan Nasional dan di Kedai syiling The Royal Mint of Malaysia di Shah Alam.

Orang ramai juga boleh memperoleh syiling ini dengan membuat pesanan melalui talian The Royal Mint of Malaysia di +603 5519 1611/2/3 atau fax ke +603 5519 8746.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan