Rabu, 7 November 2012

Duit Syiling Peringatan Sempena Pengisytiharan Bandaraya Shah Alam (Coin Card)


BANDARAYA SHAH ALAM
10 Oktober 2000

Shah Alam dahulunya dikenali sebagai Sungai Renggam telah diisytiharkan sebagai ibu Negeri Selangor oleh DYMM Sultan Selangor pada 7 Disember 1978. Bermula dengan keluasan 41.69 kilometer persegi, SHAH ALAM terus berkembang dan membangun dengan keluasan 290.3 kilometer persegi sekaligus melayakkan Shah Alam untuk dinaikkan taraf sebagai sebuah bandaraya dalam tempoh 22 tahun.


Pada 10 Oktober 2000, tercatat satu lagi sejarah apabila SHAH ALAM diisytiharkan sebagai Bandaraya yang pertama bagi Negeri Selangor. Bunga Rasmi Bandaraya Shah Alam ialah bunga anggerik yang dinamakan Renantanda Shah Alam manakala pokok rasminya ialah Pokok Pinang Raja.

Syiling  Pengisytiharan Bandaraya Shah Alam - Depan

Syiling  Pengisytiharan Bandaraya Shah Alam - Belakang
Kod:00.056
Ramai penggemar coin card menganggap coin card ini sebagai ibu segala coin card memandangkan harganya yang amat tinggi pada masa ini dan sukar diperolehi. Ramai yang percaya kononnya semasa syiling ini dilancarkan, sebahagian besar coin card ini telah diambil oleh pihak MBSA dan diagihkan kepada kakitangan MBSA sebagai cenderamata dan kenangan kepada mereka. Oleh itu bilangan coin card yang ada dipasaran masa kini adalah amat sedikit dan terhad. Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM600 - RM800.

8 ulasan: