Jumaat, 2 November 2012

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Sidang Kemuncak Ke-10 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Bank Negara Malaysia pada 3 Oktober 2003 telah mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ke-10 yang berlangsung pada 16 - 18 Oktober 2003 di Pusat Konvensyen Putrajaya. Ketiga-tiga duit syiling adalah sah diperlakukan (legal tender) dan butirannya adalah seperti berikut:
  1. Duit Syiling Peringatan Emas (peruf)
    Duit syiling peruf ini diperbuat daripada emas dengan ketulenan 999.9 seberat 8.6 gram setiap keping. Ia mempunyai nilai muka RM100 dan dijual pada mulanya dengan harga RM1,008 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 200 keping.

  2. Duit Syiling Peringatan Perak (peruf)
    Duit syiling peruf ini mempunyai nilai muka RM10 dan diperbuat daripada logam perak sterling dengan ketulenan 925. Beratnya 21.7 gram setiap satu dan dijual pada mulanya dengan harga RM128 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 300 keping.

  3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic(Coin Card)
    Duit syiling emas nordic (nordic gold) ini dikeluarkan dalam dua versi iaitu kilatan istimewa dan peruf, masing-masing dengan nilai muka RM1. Duit syiling emas nordic kilatan istimewa boleh didapati secara individu, pada mulanya dengan harga RM8 setiap satu. Kuantiti tempaan bagi duit syiling kilatan istimewa ini adalah terhad kepada 25,000 keping.
Duit syiling emas nordic peruf hanya boleh didapati dalam set 3-dalam-1 dan set 2-dalam-1. Duit syiling peringatan set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling peringatan peruf emas, perak dan emas nordic. Set ini dijual pada mulanya dengan harga RM1,208 setiap set dan hanya terdapat 250 set sahaja. Manakala set duit syiling peringatan 2-dalam-1 pula mengandungi duit syiling peruf perak dan emas nordic. Set duit syiling ini akan dijual pada mulanya dengan harga RM168 setiap set dan hanya terdapat 500 set sahaja. Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan adalah seperti berikut:

Duit Syiling Peringatan Sempena Sidang Kemuncak ke-10
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)


Spesifikasi Teknikal
Jenis
Logam
Nilai Muka (RM)
Kuantiti Tempaan
(pieces)
Harga Jualan (RM)
Garis-pusat (mm)
Berat (gram)
Bentuk
Emas (Peruf)
Emas
(Au999.9)
100
200
1,008
22.0
8.6
Bulat dengan sisi bergerigi
Perak (Peruf)
Perak Sterling (Ag925)
10
300
128
35.7
21.7
Bulat dengan sisi bergerigi
Emas Nordic (Kilatan Istimewa)
Cu89 Zn5
Al5 Sn1
1
25,000
8
30.0
9.16
Bulat dengan sisi bergerigi
Boleh juga didapati dalam set
Kuantiti
Harga Jualan (RM)
Set 2 dalam 1
Duit Syiling Peruf Perak dan Emas Nordic
500
168
Set 3 dalam 1
Duit Syiling Peruf Emas, Perak dan Emas Nordic
250
1,208


Rekabentuk Duit Syiling
Rekabentuk untuk ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sama iaitu di sebelah hadapan tertera logo rasmi Sidang Kemuncak ke-10 OIC dan perkataan “PERSIDANGAN KETUA-KETUA NEGARA ISLAM” dan “SIDANG KEMUNCAK KE-10”. Di sebelah belakang pula tertera perkataan Arab ditulis dalam tulisan khat kufi iaitu Munazzomah (Pertubuhan), Al-Muktamar (Persidangan) dan Al-Islami (Islam). 

Pusat-pusat Jualan
Duit syiling peringatan sempena Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam ke-10 ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia. Duit syiling peringatan ini dijual mulai 3 Oktober 2003 di pusat-pusat jualan seperti berikut:
  1. Pejabat Pos Besar,
    Kuala Lumpur dan 13 Pejabat Pos Negeri

  2. Coin Shoppe
    The Royal Mint of Malaysia,
    Kompleks Kilang Wang,
    Lot 2, Persiaran Selangor,
    Seksyen 15,
    40740 Shah Alam.
    (Tel no: 603-55191611/2/3)

  3. Muzium Matawang,
    Bank Negara Malaysia,
    Jalan Dato' Onn,
    50480 Kuala Lumpur.
    (Tel no: 603-26988044)

Duit syiling peringatan OIC ini juga dijual di Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan di Dewan Tun Razak, Aras 4, Pusat Dagangan Dunia Putra pada 3 - 5 Oktober, 2003.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan