Isnin, 5 November 2012

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-negara Berkecuali XIII (NAM)

Pada 6 Februari 2003, pihak Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali XIII (NAM) yang berlangsung pada 20 - 25 Februari 2003 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Ketiga-tiga duit syiling yang sah diperlakukan (legal tender) adalah seperti berikut: 

  1. Duit Syiling Peringatan Emas (peruf)
    Duit syiling peruf ini diperbuat daripada emas dengan ketulenan 999.9 seberat 8.6 gram setiap keping. Ia mempunyai nilai muka RM100 dan dijual pada mulanya dengan harga RM888 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 300 keping sahaja.

  2. Duit Syiling Peringatan Perak (peruf)
    Duit syiling peruf ini mempunyai nilai muka RM10 dan diperbuat daripada logam perak sterling dengan ketulenan 925. Beratnya 21.7 gram setiap satu dan dijual pada mulanya dengan harga RM128 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 2,400 keping sahaja.

  3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
    (kilatan istimewa dan peruf)

    Duit syiling emas Nordic (Nordic gold) ini dikeluarkan dalam dua versi iaitu kilatan istimewa dan peruf, masing-masing dengan nilai muka RM1. Duit syiling emas Nordic kilatan istimewa (Coin Card) boleh didapati secara individu, pada mulanya dengan harga RM8 setiap satu. Kuantiti tempaan bagi duit syiling jenis ini adalah terhad kepada 9,400 keping sahaja.
Set 3 dalam 1 Syiling Peringatan NAM XIII
Duit syiling emas Nordic peruf hanya boleh didapati dalam set 3-dalam-1 dan set 2-dalam-1. Duit syiling peringatan set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling peringatan peruf emas, perak dan emas Nordic. Set ini dijual pada mulanya dengan harga RM1,088 setiap set dan hanya terdapat 300 set sahaja. Manakala set duit syiling peringatan 2-dalam-1 pula mengandungi duit syiling peruf perak dan emas Nordic. Set duit syiling ini akan dijual pada mulanya dengan harga RM168 setiap set dan hanya terdapat 300 set sahaja. Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan adalah seperti berikut:

Duit Syiling Peringatan Sempena Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali XIII (NAM)

Spesifikasi Teknikal
Jenis
Logam
Nilai Muka (RM)
Kuantiti Tempaan
(pieces)
Harga Jualan (RM)
Garis-pusat (mm)
Berat (gram)
Bentuk
Emas (Peruf)
Emas
(Au999.9)
100
300
888
22.0
8.6
Bulat dengan 'milled edge'
Perak (Peruf)
Perak Sterling (Ag925)
10
2,400
128
35.7
21.7
Bulat dengan 'milled edge'
Emas Nordic (Kilatan Istimewa)
Cu89 Zn5 AI5 Sn1
1
9,400
8
30.0
9.16
Bulat dengan 'milled edge'
Boleh juga didapati dalam set
Kuantiti
Harga Jualan (RM)
Set 2 dalam 1
Duit Syiling Peruf Perak dan Emas Nordic
300
168
Set 3 dalam 1
Duit Syiling Peruf Emas, Perak dan Emas Nordic
300
1,088


Rekabentuk Duit Syiling
Syiling Peringatan NAM XIII - Emas Peruf

Rekabentuk untuk ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sama iaitu di sebelah hadapan tertera lambing rasmi Sidang Kemuncak NAM XIII manakala di sebelah belakang pula tertera Bangunan Parlimen serta bulan sabit dan bintang melambangkan Kerajaan Malaysia, amalan demokrasi dan tempat di mana polisi-polisi Kerajaan digubal.

Pusat-pusat Jualan
Duit syiling peringatan sempena Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali XIII (NAM) ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia. Duit syiling peringatan ini boleh didapati mulai 17 Februari 2003 di pusat-pusat jualan seperti berikut: 
  1. Pejabat Pos Besar,
    Kuala Lumpur dan 13 Pejabat Pos Negeri

  2. Coin Shoppe
    The Royal Mint of Malaysia,
    Kompleks Kilang Wang,
    Lot 2, Persiaran Selangor,
    Seksyen 15,
    40740 Shah Alam.
    (Tel no: 603-55191611/2/3)

  3. Muzium Matawang,
    Bank Negara Malaysia,
    Jalan Dato' Onn,
    50480 Kuala Lumpur.
    (Tel no: 603-26988044)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan