Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling
peringatan sempena ulang tahun ke-100 keputeraan Y.T.M. Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama pada 31 Mac 2005. Ketiga-tiga
duit syiling tersebut adalah sah diperlakukan (legal tender) dan
mempunyai spesifikasi berikut :
- Duit Syiling Peringatan Emas (peruf)
Duit syiling peruf ini diperbuat daripada emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 8.6 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan dijual pada mulanya dengan harga RM1,008 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 100 keping sahaja.
- Duit Syiling Peringatan Perak (peruf)
Duit syiling peruf yang mempunyai nilai muka RM10 diperbuat daripada perak dengan ketulenan 925 dan berat duit ini ialah 21.7 gram setiap keping. Ia dijual pada mulanya dengan harga RM128 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 200 keping sahaja.
- Duit Syiling Peringatan Tembaga-Nikel (kilatan istimewa)(Coin Card)
Duit syiling tembaga-nikel ini mempunyai nilai muka RM1 dan dijual pada mulanya dengan harga RM8 setiap keping. Kuantiti tempaan ialah 25,000 keping sahaja.
Duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1
dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak
dan tembaga-nikel peruf. Manakala set 2 dalam satu mengandungi duit
syiling perak dan tembaga-nikel peruf. Kedua-dua set tersebut
masing-masing dijual pada mulanya dengan harga RM1,208 dan RM168. Butiran
terperinci mengenai spesifikasi kesemua duit syiling peringatan tersebut
adalah seperti berikut:
Syiling Peringatan 100 Tahun Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Spesifikasi Teknikal
Jenis | Logam | Nilai Muka (RM) | Harga Jualan (RM) | Kuantiti Tempaan (keping/set) | Garispusat (mm) | Berat (gram) | Bentuk |
Emas Peruf | Emas(Au999.9) | 100 | 1,008 | 100 | 22.0 | 8.6 | Bulat dengan sisi bergerigi |
Perak Peruf | Perak Sterling (Ag925) | 10 | 128 | 100 | 35.7 | 21.7 | Bulat dengan sisi bergerigi |
Tembaga-Nikel Kilatan Istimewa | Cu75 Ni25 | 1 | 8 | 25,000 | 33.7 | 16.8 | Bulat dengan sisi bergerigi |
Set 2-dalam-1 | 168 | 300 | |||||
Set 3-dalam-1 | 1,208 | 100 |
- Set 2-dalam-1 mengandungi duit syiling perak dan tembaga-nikel peruf;
- Set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling emas, perak dan tembaga-nikel peruf.
Reka bentuk Duit Syiling
Reka bentuk sebelah hadapan ketiga-tiga duit syiling ini memaparkan potret Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia. Manakala reka bentuk sebelah belakang duit syiling ini pula memaparkan lambang Kerajaan Malaysia dengan perkataan “BAPA KEMERDEKAAN” dan nilai muka duit syiling tersebut.
Reka bentuk sebelah hadapan ketiga-tiga duit syiling ini memaparkan potret Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia. Manakala reka bentuk sebelah belakang duit syiling ini pula memaparkan lambang Kerajaan Malaysia dengan perkataan “BAPA KEMERDEKAAN” dan nilai muka duit syiling tersebut.
Tempat Jualan
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan dijual mulai 1 April 2005 di lokasi berikut :
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan dijual mulai 1 April 2005 di lokasi berikut :
Coin Shoppe
The Royal Mint of Malaysia
Kompleks Kilang Wang
Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15
40740 Shah Alam, Selangor D. E.
(Tel. No: 03 - 55191611/2/3)
The Royal Mint of Malaysia
Kompleks Kilang Wang
Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15
40740 Shah Alam, Selangor D. E.
(Tel. No: 03 - 55191611/2/3)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan