Selasa, 6 November 2012

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XII

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII pada 25 April 2002. 

Ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sah diperlakukan (legal tender) dan spesifikasinya adalah seperti berikut : 

1. Duit Syiling Emas ( peruf )
Duit syiling peruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 8.6 gram. Ia bernilai muka RM100 dan dijual pada mulanya dengan harga RM800 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 300 keping sahaja.

2. Duit Syiling Perak ( peruf )
Duit syiling peruf ini bernilai muka RM10, diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 925 dan beratnya ialah 21.7 gram setiap keping. Ia dijual pada mulanya dengan harga RM120 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 10,000 keping sahaja. 

3. Duit Syiling Peringatan Tembaga-Nikel - kilatan istimewa (Coin Card)
Duit syiling tembaga-nikel ini bernilai muka RM1 dijual pada mulanya dengan harga RM8 setiap satu. Kuantiti tempaan terhad kepada 100,000 keping.





Kesemua jenis duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1. Set ini dijual pada mulanya dengan harga RM950 dan terhad kepada 100 set sahaja. Spesifikasi terperinci duit-duit syiling peringatan tersebut adalah seperti berikut:

 

Spesifikasi Teknikal

Jenis Emas Perak Tembaga-Nikel
Kandungan Logam Emas 999.9 Perak 925, Tembaga75 Tembaga 75, Nikel 25
Klasifikasi Peruf Peruf Kilatan Istimewa
Diameter 22.0 mm 35.7 mm 33.7 mm
Berat 8.6 gram 21.7 gram 16.8 gram
Tempaan Diluluskan 300 keping 10,000 keping 100,000 keping
Nilai Muka RM100 RM10 RM1
Harga Jualan RM800 sekeping RM120 sekeping RM1 sekeping

Nota: Set 3 dalam dalam 1 yang mengandungi ketiga-tiga jenis duit syling juga boleh didapati pada harga RM950 satu set. 

Rekabentuk Duit Syiling

Syiling Peringatan Tembaga-Nikel - kilatan istimewa

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII dengan nama baginda tertera di sekeliling potret. Manakala reka bentuk sebelah belakang duit syiling ini pula memaparkan lambang rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan nilai muka duit syiling tersebut. 

Pusat-pusat Jualan
Duit syiling peringatan pertabalan ini ditempa oleh The Royal Mint of Malaysia, Shah Alam, dan mula dijual pada 26 April 2002 di lokasi-lokasi berikut:

Pejabat Pos Besar,
Kompleks Dayabumi,
Kuala Lumpur.

dan

Coin Shoppe,
The Royal Mint of Malaysia,
Kompleks Kilang Wang,
Lot 2, Persiaran Selangor,
Seksyen 15,
40704 Shah Alam.
Tel: 603-5519 1611/2/3 dan
Faks: 603-5519 8746

Tiada ulasan:

Catat Ulasan