Isnin, 5 November 2012

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Pameran Maritim Dan Udara Langkawi 2003 (LIMA 03)

Pada 29 September 2003, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena pameran Maritim dan Udara Langkawi 2003 (LIMA 03) yang berlangsung pada 30 September - 5 Oktober 2003 di Langkawi. Ketiga-tiga duit syiling yang sah diperlakukan (legal tender) adalah seperti berikut:
  1. Duit Syiling Peringatan Emas (peruf)
    Duit syiling peruf ini diperbuat daripada emas dengan ketulenan 999.9 seberat 8.6 gram setiap keping. Ia mempunyai nilai muka RM100 dan dijual pada mulanya dengan harga RM1,008 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 50 keping sahaja.

  2. Duit Syiling Peringatan Perak (peruf)
    Duit syiling peruf ini mempunyai nilai muka RM10 dan diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 925 seberat 21.7 gram. Walau bagaimanapun, duit syiling perak hanya boleh didapati dalam set 3-dalam-1 dan set 2-dalam-1 sahaja. Set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling peringatan peruf emas, perak dan tembaga-nikel. Set ini dijual pada mulanya dengan harga RM1,208 setiap set dan hanya terdapat 100 set sahaja. Manakala set 2-dalam-1 pula mengandungi duit syiling peruf perak dan tembaga-nikel dengan jumlah keluaran sebanyak 300 set sahaja. Set ini dijual pada mulanya dengan harga RM168 setiap set.

  3. Duit Syiling Peringatan Tembaga-Nikel
    (kilatan istimewa dan peruf)
    Duit syiling tembaga-nikel ini dikeluarkan dalam dua versi iaitu kilatan istimewa dan peruf, masing-masing dengan nilai muka RM1. Duit syiling tembaga-nikel kilatan istimewa (Coin Card) boleh didapati secara individu, pada mulanya dengan harga RM8 setiap satu dengan kuantiti tempaan sebanyak 25,000 keping sahaja. Manakala hanya sebanyak 400 keping duit syiling tembaga-nikel peruf dikeluarkan hanya boleh didapati dalam set 3-dalam1 (100 set) dan set 2-dalam-1 (300 set) sahaja.
Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan adalah seperti berikut:

Duit Syiling Peringatan Sempena
Pameran Maritim dan Udara Langkawi 2003 (LIMA 03)


Spesifikasi Teknikal
Jenis
Logam
Nilai Muka (RM)
Kuantiti Tempaan
(pieces)
Harga Jualan (RM)
Garis-pusat (mm)
Berat (gram)
Bentuk
Emas (Peruf)
Emas
(Au999.9)
100
50
1,008
22.0
8.6
Bulat dengan sisi bergerigi
Perak (Peruf)
Perak Sterling (Ag925)
10
Nota (i)
Nota (i)
35.7
21.7
Bulat dengan sisi bergerigi
Tembaga-Nikel (Kilatan Istimewa)
Cu75
Ni25
1
25,000
8
33.7
16.8
Bulat dengan sisi bergerigi
Boleh juga didapati dalam set
Kuantiti
Harga Jualan (RM)
Set 2 dalam 1
Duit Syiling Peruf Perak dan Tembaga-Nikel
300
168
Set 3 dalam 1
Duit Syiling Peruf Emas, Perak dan Tembaga-Nikel
100
1,208

Nota: (i) Duit syiling Tembaga-Nikel peruf hanya boleh didapati dalam set 3-dalam-1 dan set 2-dalam-1.

Rekabentuk Duit Syiling
Rekabentuk untuk ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sama iaitu di sebelah hadapan tertera logo rasmi LIMA dan glob yang melambangkan LIMA sebagai acara bertaraf antarabangsa. Di sebelah belakang pula tertera imej kapal terbang pejuang buatan Rusia jenis Sukhoi-30 dan kapal perang KD Laksamana Tan Pusmah milik Tentera Laut Diraja Malaysia. 

Pusat-pusat Jualan
Duit syiling peringatan sempena LIMA ’03 ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia. Duit syiling peringatan ini mula dijual mulai 30 September 2003 di pusat-pusat jualan seperti berikut:
  1. Pejabat Pos Besar,
    Kuala Lumpur dan 13 Pejabat Pos Negeri

  2. Coin Shoppe
    The Royal Mint of Malaysia,
    Kompleks Kilang Wang,
    Lot 2, Persiaran Selangor,
    Seksyen 15,
    40740 Shah Alam.
    (Tel no: 603-55191611/2/3)

  3. Muzium Matawang,
    Bank Negara Malaysia,
    Jalan Dato' Onn,
    50480 Kuala Lumpur.
    (Tel no: 603-26988044) 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan