Rabu, 2 Januari 2013

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia Ke-5


Pada 30 Ogos 1986, Bank Negara Malaysia telah melancarkan 3 jenis duit syiling peringatan yang sah diperlakukan (legal tender) bersempena Rancangan Malaysia ke-5. Syiling peringatan ini telah dilancarkan oleh  Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad. Syiling ini dikeluarkan menggunakan logam emas, perak dan tembaga-nikel dimana setiap jenis dikeluarkan dalam bentuk peruf dan bukan peruf. 

Jenis-jenis Duit Syiling Peringatan

1. Duit Syiling Peringatan Emas
Duit syiling ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan .900 (90%) seberat 10.26 gram setiap keping dan mempunyai nilai muka RM500. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 1,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula kuantiti tempaan adalah terhad kepada 10,000 keping sahaja.

2. Duit Syiling Peringatan Perak
Duit syiling ini diperbuat dari logam perak dengan ketulenan .500 (50%), seberat 35.00 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM25. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 5,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula didatang dalam kad syiling biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 80,000 keping sahaja

3. Duit Syiling Peringatan Tembaga-Nikel 
Duit syiling ini diperbuat dari logam tembaga dan nikel, seberat 16.85 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM1. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 8,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula, kuantiti tempaan adalah terhad kepada 1,000,000 keping sahaja.

Syiling-syiling peringatan ini juga di dalam set peruf 3 dalam 1 mengandungi syiling peringatan peruf emas (RM500), syiling peringatan peruf perak (RM25) dan syiling peringatan peruf tembaga-nikel (RM1) dimana kuantiti tempaan adalah terhad kepada 2,000 set sahaja. Kesemua syiling ini telah ditempa oleh Singapore Mint.

Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan ini adalah seperti berikut:


Duit Syiling Peringatan Sempena
Rancangan Malaysia Ke-5

Spesifikasi Teknikal
  

Jenis


Tembaga-Nikel
Perak
Emas
Kandungan Logam


Tembaga 75%
Nikel 25%

Perak 50%
Tembaga 40%
Nikel 5%
Zink 5%

Emas 90%
Diameter
33.35 mm
42.00 mm
26.16 mm
Berat
16.85 gram
35.00 gram
10.26 gram
Ketebalan
2.41 mm
3.22 mm
1.55 mm
Klasifikasi
Peruf
Bukan Peruf
Peruf
Bukan Peruf
Peruf
Bukan Peruf
Jumlah Tempaan
Dibenarkan
8,000
1,000,000
5,000
80,000
1,000
10,000
Boleh juga didapati dalam set
Klasifikasi

Jumlah Tempaan Dibenarkan


Set 3 dalam 1
Duit Syiling Emas, Perak dan Tembaga-Nikel

Peruf
2,000



Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk hadapan bagi ketiga-tiga syiling hampir sama dimana ia mengandungi perkataan "RANCANGAN MALAYSIA KELIMA" tahun "1986-1990" di bahagian bawah syiling. Gambaran di bahagian tengah syiling itu sahaja yang berbeza dan memberi identiti tersendiri bagi setiap syiling. Bagi syiling emas, di bahagian tengah syiling tertera corak abtrack menggambarkan kemajuan negara dalam sektor perindustrian. Syiling perak pula menggambarkan sektor utama pembangunan negara iaitu perkilangan, perkapalan, pembinaan, perdagangan dan penapisan minyak. Sementara syiling tembaga-nikel pula terpamir imej-imej yang menggambarkan kemajuan negara dalam sektor pertanian.

Rekabentuk belakang pula adalah sama bagi ketiga-tiga syiling dengan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" di letakkan di belah atas syiling, Jata Negara di letakkan di bahagian tengah syiling sementara nilai muka syiling diletak di bahagian bawah syiling.

Syiling Tembaga-Nikel Bukan Peruf Rancangan Malaysia Ke-5 (Depan)
Syiling Tembaga-Nikel Bukan Peruf Rancangan Malaysia Ke-5 (Belakang)
Kod:00.81
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan tembaga-nikel bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM20 - RM30.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan