Selasa, 15 Januari 2013

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Sukan Asia Tenggara ke-9


Bersempena Sukan Asia Tenggara 1977 atau Sukan Asia Tenggara ke-9 yang telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 19 - 26 Disember 1977, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan 3 jenis duit syiling peringatan yang sah diperlakukan (legar tender) pada 15 Julai 1977. Syiling peringatan ini dikeluarkan menggunakan logam emas, perak dan tembaga-nikel. Kesemua syiling peringatan ini dikeluarkan di dalam bentuk peruf dan bukan peruf.

Jenis-jenis Duit Syiling Peringatan

1. Duit Syiling Peringatan Emas
Duit syiling peruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan .900 (90%) seberat 7.22 gram setiap keping dan mempunyai nilai muka RM200. Syiling peringatan emas peruf didatangkan di dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 975 keping sahaja sementara bukan peruf kuantiti tempaan adalah terhad kepada 12,000 keping sahaja.

2. Duit Syiling Peringatan Perak
Duit syiling ini diperbuat dari logam perak dengan ketulenan .925 (92.5%), seberat 34.1 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM25. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 5,877 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula didatang dalam kad syiling biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 100,000 keping sahaja

3. Duit Syiling Peringatan Tembaga-Nikel 
Duit syiling ini diperbuat dari logam tembaga-Nikel, seberat 16.8 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM1. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 11,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula didatang dalam kad syiling biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 1,000,000 keping sahaja.

Syiling-syiling peringatan ini juga di dalam set peruf 3 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi syiling peringatan peruf emas (RM200), syiling peringatan peruf perak (RM25) dan syiling peringatan peruf tembaga-nikel (RM1). Duit syiling peringatan ini ditempa dan dikilangkan oleh Franklin Mint, Amerika Syarikat.

Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan ini adalah seperti berikut:

Duit Syiling Peringatan Sempena
Sukan 
Asia Tenggara Ke-15
Spesifikasi Teknikal

Jenis
Tembaga - Nikel
Perak
Emas
Kandungan Logam

Tembaga 75%
Nikel 25%


Perak 92.5%
Zink 7.5%


Emas 90%

Diameter
33.36 mm
42.10 mm
25.24 mm
Berat
16.80 gram
34.10 gram
7.22 gram
Ketebalan
2.5 mm
3.0 mm
1.3 mm
Klasifikasi
Peruf
Bukan Peruf
Peruf
Bukan Peruf
Peruf
Bukan Peruf
Jumlah Tempaan
Dibenarkan
11,000
1,000,000
5,877
100,000
975
12,000
Boleh juga didapati dalam set
Klasifikasi

Jumlah Tempaan Dibenarkan


Set 3 dalam 1
Duit Syiling Emas, Perak dan Tembaga-Nikel

Peruf
975

Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk hadapan bagi ketiga-tiga syiling hampir sama iaitu mengandungi loga rasmi Sukan Asia Tenggara,  perkataan "NINTH SOUTHEAST ASIA GAMES" disekeliling syiling bahagian atas atau bawah syiling. Bagi syiling emas, di bahagian tengah syiling di gambarkan lelaki berkuda Bajau (Bajau Horseman). Syiling perak pula menggambarkan peta Asia Tenggara. Sementara syiling tembaga-nikel pula menggambarkan lelaki sedang memegang Wau iaitu salah satu permainan tradisional di Pantai Timur Malaysia.

Rekabentuk belakang pula adalah sama bagi ketiga-tiga syiling dengan Jata Malaysia di letakkan di belah tengah syiling. Nilai muka syiling di letakkan disekeliling bahagian bawah syiling sementara perkataan "KUALA LUMPUR - MALAYSIA - 1977" di sekeliling bahagian atas syiling. Bagi syiling emas, tulisan halus "900/1000 FINE GOLD" di letak dibawah Jata Negara bagi memaklumkan jenis emas yang digunakan untuk membuat syiling ini.

Syiling Tembaga-Nikel Bukan Peruf - Depan

Syiling Tembaga-Nikel Bukan Peruf - Belakang
Kod:00.81
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan tembaga bersalut zink bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM20 - RM30.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan