Jumaat, 4 Januari 2013

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Dekad Wanita Bangsa-Bangsa Bersatu


Sempena mempertingkat kedudukan wanita di negara-negara membangun, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Kemanusiaan telah mengadakan Program Duit Syiling Dekad Wanita Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 24 buah negara yang menyertai program tersebut.

Bagi tujuan tersebut, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan 2 jenis syiling peringatan yang sah diperlakukan (legal tender) pada 1 Julai 1986, diperbuat daripada logam emas dan perak sterling. Kedua-dua jenis syiling peringatan ini dikeluarkan hanya dalam bentuk peruf dan kuantiti yang amat terhad. 

Jenis-jenis Duit Syiling Peringatan

1. Duit Syiling Peringatan Emas
Duit syiling ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan .900 (90%) seberat 8.10 gram setiap keping dan mempunyai nilai muka RM250. Syiling ini didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 1,500 keping sahaja.

2. Duit Syiling Peringatan Perak
Duit syiling ini diperbuat dari logam perak dengan ketulenan .925 (92.5%), seberat 23.33 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM25. Syiling ini didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 2,000 keping sahaja.

Kesemua syiling ini telah ditempa dan dikeluarkan oleh Valcambi Mint of Switzerland. Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan ini adalah seperti berikut:

Duit Syiling Peringatan Sempena
Dekad Wanita Bangsa-bangsa Bersatu

Spesifikasi Teknikal

Jenis
Perak Sterling
Emas
Kandungan Logam

Perak 92.5%
Tembaga 7.5%


Emas 90%

Diameter
38.61 mm
24.00 mm
Berat
23.33 gram
8.10 gram
Klasifikasi
Peruf
Peruf
Jumlah Tempaan
Dibenarkan

2,000
1,500

Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk syiling peringatan ini adalah hampir sama bagi kedua-dua jenis syiling dengan dibahagian hadapan mengandungi perkataan "DEKAD WANITA BANGSA-BANGSA BERSATU * MALAYSIA " di sekeliling syiling. Dibahagian tengah pula tertera imej seekor burung merpati sebagai gambaran kebebasan wanita dan tahun "1976-85". 

Rekabentuk belakang pula dihiasi dengan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" diletakkan dibelah atas syiling, nilai muka diletakkan dibahagian bawah syiling sementara peta Malaysia dan logo Bank Negara Malaysia ditempa dibahagian tengah syiling.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan