Khamis, 10 Januari 2013

Pengeluaran Syiling Peringatan Bagi Syiling Edaran Malaysia Tahun 1980 Dan Peringatan Tahun 1976, 1977 & 1979 (Set 9 dalam 1 peruf)




Pada tahun 1980, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan syiling peringatan peruf 9 dalam 1. Syiling peringatan ini dikeluarkan mengandungi denominasi 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan 1 ringgit tahun 1980 disamping 1 ringgit syiling perak (Ulang Tahun Ke-20 Bank Negara Malaysia, 1979), 10 ringgit syiling perak (Rancangan Malaysia Ke-3,1976) dan 25 ringgit syiling perak (Sukan Asia Tenggara Ke-9, 1977). Syiling peringatan ini menggunakan spesifikasi asal syiling tersebut dan kesemuanya ditempa dalam bentuk peruf. Syiling ini telah ditempa dan dikilangkan oleh Franklin Mint, Amerika Syarikat dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 5,000 set sahaja.






Turut dibekalkan bersama syiling ini adalah kotak baldu berwarna biru, kotak keras luar berwarna putih, sijil keaslian, surat berdaftar dan sepasang sarung tangan khas bagi memegang syiling peringatan ini (jika perlu). 

SPESIFIKASI TEKNIKAL


Nilai Muka
25 Ringgit
10 Ringgit
1 Ringgit
1 Ringgit
50 Sen
20 Sen
10 Sen
5 Sen
1 Sen

Logam

Perak 92.5%
Perak 92.5%
Perak 92.5%
Kupro-Nikel
Kupro-Nikel
Kupro-Nikel
Kupro-Nikel
Kupro-Nikel
Gangsa
Berat

(Gram)
34.10
10.44
16.85
17.00
9.33
5.65
2.82
1.41
1.94
Diameter

(mm)
42.10
-
33.30
33.90
27.70
23.50
19.40
16.20
17.70
Tepi
Huruf Ukir
Rata
Milled
Milled
Security Edge
Milled
Milled
Milled
Rata




Kod:00.0821
Harga semasa (2014) untuk syiling peringatan ini adalah diantara RM1300 - RM1550.


3 ulasan:

  1. aya nak tanya harga syiling rm10 rmk3 berapa ea?saya ad 1 keping

    BalasPadam
  2. saya ada 1 set peruf 1980 ni..arwah atok saya punya..saya nak tanya market sekarang berapa

    BalasPadam
  3. Saya nk tanya mana nk jual wang itu

    BalasPadam