Selasa, 8 Januari 2013

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia Ke-4


Sempena memperingati Pelancaran Rancangan Malaysia Ke-4 oleh Perdana Menteri Malaysia Ketiga, Tun Hussein Onn pada 16 Mac 1981, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan 3 jenis syiling peringatan yang sah diperlakukan (legal tender). Syiling ini dikeluarkan menggunakan logam emas, perak dan kupro-nikel dimana setiap jenis dikeluarkan dalam bentuk peruf dan bukan peruf. 

Jenis-jenis Duit Syiling Peringatan

1. Duit Syiling Peringatan Emas
Duit syiling ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan .900 (90%) seberat 10.26 gram setiap keping dan mempunyai nilai muka RM500. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 1,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula kuantiti tempaan adalah terhad kepada 20,000 keping sahaja.

2. Duit Syiling Peringatan Perak
Duit syiling ini diperbuat dari logam perak dengan ketulenan .500 (50%), seberat 16.85 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM20. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 5,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula didatang dalam kad syiling biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 100,000 keping sahaja

3. Duit Syiling Peringatan Kupro-Nikel 
Duit syiling ini diperbuat dari logam tembaga dan nikel, seberat 16.90 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM1. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 10,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula, kuantiti tempaan adalah terhad kepada 1,000,000 keping sahaja.

Syiling-syiling peringatan ini juga di dalam set peruf 3 dalam 1 mengandungi syiling peringatan peruf emas (RM500), syiling peringatan peruf perak (RM20) dan syiling peringatan peruf tembaga-nikel (RM1) dimana kuantiti tempaan adalah terhad kepada 3,300 set sahaja. Kesemua syiling ini telah ditempa dan dikilang oleh Franklin Mint, Amerika Syarikat.

Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan ini adalah seperti berikut:

Duit Syiling Peringatan Sempena
Rancangan Malaysia Ke-4

Spesifikasi Teknikal
  

Jenis

Kupro-Nikel
Perak
Emas
Kandungan Logam


Tembaga 75%
Nikel 25%

Perak 50%
Tembaga 40%
Nikel 5%
Zink 5%

Emas 90%
Diameter
33.36 mm
33.34 mm

Berat
16.90 gram
16.85 gram
10.26 gram
Ketebalan
2.60 mm
2.40 mm

Klasifikasi
Peruf
Bukan Peruf
Peruf
Bukan Peruf
Peruf
Bukan Peruf
Jumlah Tempaan
Dibenarkan
10,000
1,000,000
5,000
100,000
1,000
20,000
Boleh juga didapati dalam set
Klasifikasi

Jumlah Tempaan Dibenarkan


Set 3 dalam 1
Duit Syiling Emas, Perak dan Kupro-Nikel

Peruf
3,300

Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk bagi ketiga-tiga syiling adalah sama dengan bahagian hadapan, ia mengandungi imej Perdana Menteri Malaysia yang ketia, Tun Hussein Onn. Di bahagian bawah imej tersebut tertera perkataan "TUN HUSSEIN ONN".

Rekabentuk belakang pula, perkataan "1981 * RANCANG MALAYSIA KEEMPAT * 1985" di letakkan di belah atas syiling, Jata Negara di letakkan di bahagian tengah syiling sementara nilai muka syiling diletak di bahagian bawah syiling. Bagi syiling emas, tulisan halus "900/1000 FINE GOLD" di letak dibawah Jata Negara bagi memaklumkan jenis emas yang digunakan untuk membuat syiling ini.

Syiling Perak Bukan Peruf - Depan

Syiling Perak Bukan Peruf - Belakang

Kod:00.56
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan perak bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM50 - RM70.

Syiling Kupro Nikel bukan peruf - Depan

Syiling Kupro Nikel bukan peruf - Belakang

Kod:00.81
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan Kupro-Nikel bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM15 - RM30.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan