Isnin, 31 Disember 2012

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-30

Pada 29 Ogos 1987, Bank Negara Malaysia telah melancarkan 3 jenis duit syiling peringatan yang sah diperlakukan (legal tender) bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-30. Syiling peringatan ini dikeluarkan menggunakan logam emas, perak dan tembaga-zink dimana setiap jenis dikeluarkan dalam bentuk peruf dan bukan peruf. 

Jenis-jenis Duit Syiling Peringatan

1. Duit Syiling Peringatan Emas
Duit syiling ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan .900 (90%) seberat 7.43 gram setiap keping dan mempunyai nilai muka RM250. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 1,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula kuantiti tempaan adalah terhad kepada 5,000 keping sahaja.

2. Duit Syiling Peringatan Perak
Duit syiling ini diperbuat dari logam perak dengan ketulenan .500 (50%), seberat 10.82 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM10. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 10,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula didatang dalam kad syiling biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 50,000 keping sahaja

3. Duit Syiling Peringatan Tembaga-Zink 
Duit syiling ini diperbuat dari logam tembaga, zink dan timah, seberat 9.00 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM1. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 20,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula, kuantiti tempaan adalah terhad kepada 1,000,000 keping sahaja.

Syiling-syiling peringatan ini juga di dalam set peruf 3 dalam 1 mengandungi syiling peringatan peruf emas (RM250), syiling peringatan peruf perak (RM10) dan syiling peringatan peruf tembaga-zink (RM1) dimana kuantiti tempaan adalah terhad kepada 2,500 set sahaja. Kesemua syiling ini telah ditempa oleh Singapore Mint.

Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan ini adalah seperti berikut:


Duit Syiling Peringatan Sempena
Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-30

Spesifikasi Teknikal
  

Jenis


Tembaga-Zink
Perak
Emas
Kandungan Logam

Tembaga 84%
Zink 12%
Timah 4%

Perak 50%
Tembaga 40%
Nikel 5%
Zink 5%

Emas 90%
Diameter
24.5 mm
27.7 mm
25.25 mm
Berat
9.00 gram
10.82 gram
7.43 gram
Ketebalan
2.7 mm
2.31 mm
1.35 mm
Klasifikasi
Peruf
Bukan Peruf
Peruf
Bukan Peruf
Peruf
Bukan Peruf
Jumlah Tempaan
Dibenarkan
20,000
1,000,000
10,000
50,000
1,000
5,000
Boleh juga didapati dalam set
Klasifikasi

Jumlah Tempaan Dibenarkan

Set 3 dalam 1
Duit Syiling Emas, Perak dan Tembaga-Zink

Peruf
2,500

Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk hadapan bagi ketiga-tiga syiling hampir sama dimana ia mengandungi bintang berbucu 14 di bahagian atas syiling dan perkataan "30 TAHUN MERDEKA" tahun "1957-1987" di bahagian bawah syiling. Gambaran di bahagian tengah syiling itu sahaja yang berbeza dan memberi identiti tersendiri bagi setiap syiling. Bagi syiling emas, di bahagian tengah syiling tertera bangunan Masjid Negara dan Parlimen Malaysia dengan keris bersilang di atas bangunan tersebut bagi menggambarkan keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi negara. Syiling perak pula tertera pelantar minyak, kereta nasional Proton, bangunan Dayabumi dan Jambatan Pulau Pinang bagi menggambarkan pembangunan negara selama 30 tahun. Sementara syiling tembaga-zink pula terpamir 30 ekor burung merpati yang terbang bebas menggambarkan 30 tahun negara memperoleh kemerdekaan dan kebebasan.

Rekabentuk belakang pula adalah sama bagi ketiga-tiga syiling dengan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" di letakkan di belah atas syiling, Jata Negara di letakkan di bahagian tengah syiling sementara nilai muka syiling diletak di bahagian bawah syiling.

Syiling Perak Bukan Peruf - Depan
Syiling Perak Bukan Peruf - Belakang

Kod:00.06
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan perak bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM40 - RM55.

Syiling Tembaga-Zink bukan peruf - Depan
Syiling Tembaga-Zink bukan peruf - Belakang
Kod:00.81
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan tembaga-zink bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM20 - RM30.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan