Khamis, 3 Januari 2013

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Persidangan Tahunan Ke-35 PATA

Sempena memperingati Malaysia selaku tuan rumah kepada Persidangan Tahunan ke-35 PATA (Pacific Asia Travel Association) pada 9 hingga 16 April 1986, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan 2 jenis syiling peringatan yang sah diperlakukan (legal tender). Syiling ini dikeluarkan menggunakan logam perak dan tembaga-nikel.

Jenis-jenis Duit Syiling Peringatan

1. Duit Syiling Peringatan Perak
Duit syiling peringatan ini didatangkan dalam set 2 dalam 1 yang mengandungi syiling perak peruf RM5 dan syiling perak peruf RM1. Syiling ini diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan .500 (50%) seberat 29.03 gram bagi setiap keping syiling RM5 dan 16.85 gram bagi setiap keping syiling RM1. Set perak 2 dalam 1 peruf ini, didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 11,000 set sahaja.

2. Duit Syiling Peringatan Tembaga-Nikel
Duit syiling ini diperbuat dari logam tembaga dan nikel, seberat 17.00 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM1. Syiling ini didatangkan dalam bentuk bukan peruf dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 500,000 keping sahaja.

Kesemua syiling ini telah ditempa dan dikeluarkan oleh Singapore Mint. Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan ini adalah seperti berikut:

Duit Syiling Peringatan Sempena
Persidangan Tahunan Ke-35 PATA

Spesifikasi Teknikal

Jenis
Tembaga-Nikel
Perak
Kandungan Logam

Tembaga 75%
Nikel 25%

Perak 50%
Tembaga 40%
Nikel 5%
Zink 5%
Nilai Muka
RM1
RM1
RM5
Diameter
33.55 mm
33.35 mm
38.00 mm
Berat
17.00 gram
16.85 gram
29.03 gram
Ketebalan
2.55 mm
2.41 mm
3.20 mm
Klasifikasi
Bukan Peruf
Set 2 dalam 1 (Peruf)
Jumlah Tempaan
Dibenarkan
500,000
11,000 set


Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk syiling peringatan ini adalah sama dengan bahagian hadapan mengandungi perkataan "35th ANNUAL CONFERENCE" di bahagian atas syiling, seekor penyu iaitu logo rasmi persidangan ke-35 di bahagian tengah syiling dan tarikh persidangan "APRIL 9-16 1986" di bahagian bawah syiling. 

Rekabentuk belakang pula dihiasi dengan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" diletakkan dibelah atas syiling, nilai muka diletakkan dibahagian tengah syiling sementara tiga jambak bunga raya ditempa dibahagian bawah syiling.

Syiling Tembaga Nikel Persidangan Tahunan Ke-35 PATA (Depan)
Syiling Tembaga Nikel Persidangan Tahunan Ke-35 PATA (Belakang)

Kod:00.81
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan tembaga-nikel bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM40 - RM50.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan