Khamis, 10 Januari 2013

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Abad Ke-15 Hijrah

Pada 11 November 1980, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan syiling peringatan yang sah diperlakukan  (legal tender) sempena Abad Ke-15 Hijrah yang jatuh pada tanggal 1 Muharam 1401 Hijrah. Syiling ini dikeluarkan menggunakan logam tembaga-nikel dan dikeluarkan dalam bentuk bukan peruf sahaja. 

Duit syiling, seberat 17.00 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM1. Syiling ini telah ditempa dan dikeluarkan oleh Kilang Wang, Shah Alam dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 500,000 keping sahaja. Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan ini adalah seperti berikut:

Duit Syiling Peringatan Sempena
Abad Ke-15 Hijrah

Spesifikasi Teknikal 

Jenis
Tembaga-Nikel
Kandungan Logam

Tembaga 75%
Nikel 25%

Nilai Muka
RM1
Diameter
33.40 mm
Berat
17.00 gram
Ketebalan
2.50 mm
Klasifikasi
Bukan Peruf
Jumlah Tempaan
Dibenarkan
500,000

Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk syiling peringatan ini di bahagian hadapan menggambarkan logo sambutan sedunia perayaan menyambut ketibaan Abad Ke-15 Hijrah baharu. Huruf jawi "HA" bermaksud hijrah. Bangunan Kaabah dan menara Masjid Nabawi di Madinah melambangkan penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari kota Mekah ke kota Madinah dan permulaan perkiraan tahun hijrah. Sarang labah-labah melambangkan perpaduan dikalangan ummat Islam di Malaysia dan dunia.

Rekabentuk belakang pula dihiasi dengan perkataan jawi "Sambutan Abad Ke-15 Hijrah" diletakkan dibelah atas syiling, nilai muka diletakkan dibahagian tengah syiling dengan tulisan jawi "1401 Hijrah" di atasnya. Perkataan  jawi "Malaysia" ditempa dibahagian bawah syiling.

Syiling Peringatan Abad Ke-15 Hijrah - Depan

Syiling Peringatan Abad Ke-15 Hijrah - Belakang
Kod:00.81
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan tembaga-nikel bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM35 - RM45.

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum..
    Syiling Rm 1 Peringatan Abad Ke-15 Hijrah..tn ada simpan ke..

    BalasPadam
  2. Saya ada satu duit syiling abatke 15..hrga 35 k

    BalasPadam
  3. saya ada..yg serius saja ws 01129229547 cod kl

    BalasPadam
  4. Saya ada syiling hijrah....jual tak laku simpan tak rugi..

    BalasPadam