Jumaat, 4 Januari 2013

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Bank Negara Malaysia Ke-25


Pada 24 Januari 1984, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling peringatan yang sah diperlakukan (legar tender) bersempena Ulang Tahun Bank Negara Malaysia ke-25. Syiling peringatan ini dikeluarkan menggunakan logam perak dan dikeluarkan dalam bentuk peruf dan bukan peruf.

Duit syiling ini diperbuat dari logam perak dengan ketulenan .500 (50%), seberat 35.00 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM25. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 10,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula, kuantiti tempaan adalah terhad kepada 98,000 keping sahaja.

Duit syiling peringatan ini ditempa oleh Singapore Mint. Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan ini adalah seperti berikut:

Duit Syiling Peringatan Sempena
Ulang Tahun Bank Negara Malaysia Ke-25

Spesifikasi Teknikal

Jenis
Perak
Kandungan Logam
Perak 50%
Tembaga 40%
Nikel 5%
Zink 5%
Diameter
42.00 mm
Berat
35.00 gram
Ketebalan
3.22 mm
Klasifikasi
Peruf
Bukan Peruf
Jumlah Tempaan
Dibenarkan
10,000
98,000

Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk hadapan bagi syiling peringatan ini memaparkan potret Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Sultan Pahang ke-5 dan Yang Di-Pertuan Agong ke-7. Disekeliling bahagian bawah syiling tertera perkataan "KDYMM SPB SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH".

Rekabentuk belakang pula diletakkan logo rasmi Bank Negara Malaysia dan tahun "1959-1984" dibahagian tengah syiling tersebut. Perkataan "ULANG TAHUN KE 25 BANK NEGARA MALAYSIA" diletakkan disekeliling di bahagian atas dan nilai muka syiling di bahagian bawah syiling.

Syiling Perak Bukan Peruf - Depan

Syiling Perak Bukan Peruf - Belakang


Kod:00.09
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan perak bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM90 - RM110.

3 ulasan:

  1. Saya nak jual duit siling rm25
    Seperti diatas tahun 1959-1984
    Dan saya juga ada siling rm5
    Tahun1971..

    BalasPadam