Jumaat, 11 Januari 2013

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Bank Negara Malaysia Ke-20


Pada 26 Januari 1979, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan 2 jenis syiling peringatan yang sah diperlakukan (legar tender) bersempena Ulang Tahun Bank Negara Malaysia ke-20Syiling peringatan ini ditempa dan dikilangkan oleh Birmingham Mint menggunakan logam perak dan tembaga-nikel.

Jenis-jenis Duit Syiling Peringatan

1. Duit Syiling Peringatan Perak
Duit syiling peruf ini diperbuat dari logam perak dengan ketulenan .925 (92.5%), seberat 16.85 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM1. Syiling perak peruf ini didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 8,000 keping sahaja.

2. Duit Syiling Peringatan Tembaga-Nikel
Duit syiling ini diperbuat dari logam tembaga-nikel seberat 16.85 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM1. Syiling ini didatangkan dalam bentuk bukan peruf dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 300,000 keping sahaja.

Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan ini adalah seperti berikut:

Duit Syiling Peringatan Sempena
Ulang Tahun Bank Negara Malaysia Ke-20

Spesifikasi Teknikal

Jenis
Tembaga-Nikel
Perak
Kandungan Logam

Tembaga 75%
Nikel 25%

Perak 92.5%
Tembaga 7.5%

Nilai Muka
RM 1
RM 1
Diameter
33.30 mm
33.30 mm
Berat
16.85 gram
16.85 gram
Ketebalan
2.20 mm
2.20 mm
Klasifikasi
Bukan Peruf
Peruf
Jumlah Tempaan
Dibenarkan

300,000
8,000


Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk hadapan bagi syiling peringatan ini memaparkan bangunan ibu pejabat dan logo rasmi Bank Negara Malaysia. Di bahagian bawah syiling tertera tahun "1959-1979".

Rekabentuk belakang pula diletakkan nilai muka syiling dibahagian tengah syiling tersebut. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" diletakkan disekeliling di bahagian atas dan perkataan "DUA PULUH TAHUN" disekeliling bahagian bawah syiling.


Syiling Tembaga-Nikel 20 Tahun BNM - Depan

Syiling Tembaga-Nikel 20 Tahun BNM - Belakang
Kod:00.81
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan tembaga-nikel bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM45 - RM55.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan