Isnin, 7 Januari 2013

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-25

Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Negara ke-25, Bank Negara Malaysia telah melancarkan 3 jenis duit syiling peringatan yang sah diperlakukan (legal tender) pada 31 Ogos 1982. Syiling peringatan ini ditempa dan dikilangkan oleh Royel Mint, United Kingdom menggunakan logam emas, perak dan tembaga-zink dimana setiap jenis dikeluarkan dalam bentuk peruf dan bukan peruf. 

Jenis-jenis Duit Syiling Peringatan

1. Duit Syiling Peringatan Emas
Duit syiling ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan .900 (90%) seberat 10.26 gram setiap keping dan mempunyai nilai muka RM500. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 1,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula kuantiti tempaan adalah terhad kepada 20,000 keping sahaja.

2. Duit Syiling Peringatan Perak
Duit syiling ini diperbuat dari logam perak dengan ketulenan .500 (50%), seberat 35.00 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM25. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 7,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula didatang dalam kad syiling biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 150,000 keping sahaja

3. Duit Syiling Peringatan Kupro-Nikel 
Duit syiling ini diperbuat dari logam kupro-nikel seberat 16.80 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM1. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 15,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula, kuantiti tempaan adalah terhad kepada 1,500,000 keping sahaja.

Syiling-syiling peringatan ini juga di dalam set peruf 3 dalam 1 mengandungi syiling peringatan peruf emas (RM500), syiling peringatan peruf perak (RM25) dan syiling peringatan peruf kupro-nikel (RM1) dimana kuantiti tempaan adalah terhad kepada 4,000 set sahaja.

Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan ini adalah seperti berikut:

Duit Syiling Peringatan Sempena
Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-25

Spesifikasi Teknikal
  

Jenis


Kupro-Nikel
Perak
Emas
Kandungan Logam

Tembaga 75%
Nikel 25%

Perak 50%
Tembaga 40%
Nikel 5%
Zink 5%

Emas 90%
Diameter
33.40 mm
40.00 mm

Berat
16.80 gram
35.00 gram
10.26 gram
Ketebalan
2.5 mm
3.35 mm
1.40 mm
Klasifikasi
Peruf
Bukan Peruf
Peruf
Bukan Peruf
Peruf
Bukan Peruf
Jumlah Tempaan
Dibenarkan
15,000
1,500,000
7,000
150,000
1,000
20,000
Boleh juga didapati dalam set
Klasifikasi

Jumlah Set Dibenarkan

Set 3 dalam 1
Duit Syiling Emas, Perak dan Kupro-Nikel

Peruf

4,000


Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk bagi ketiga-tiga syiling adalah sama dengan bahagian hadapan, ia mengandungi imej Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra sedang menjulang keris dengan berlatar belakang bulan dan bintang dari bendera Malaysia. Di sekeliling syiling tertera perkataan "TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA * MALAYSIA".

Rekabentuk belakang pula, perkataan "25 TAHUN MERDEKA 1957-1982" di letakkan di belah atas syiling, Jata Negara di letakkan di bahagian tengah syiling sementara nilai muka syiling diletak di bahagian bawah syiling.

Syiling Perak Bukan Peruf - Depan

Syiling Perak Bukan Peruf - Belakang
Kod:00.09
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan perak bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM90 - RM110.

Syiling Kupro Nikel bukan peruf - Depan

Syiling Kupro Nikel bukan peruf - Belakang
Kod:00.81
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan Kupro-Nikel bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM15 - RM30.

17 ulasan:

  1. saya ada siling emas tungku dengan nilai muka rm 500 tapi saya tidak dapat buat rujukan contoh dengan siling saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar, hanya syiling peringatan ini mempunyai syiling emas dengan rekabentuk Tengku dan mempunyai nilai muka RM500. Syiling peringatan lain yang mempunyai rekabentuk Tengku dan emas hanya mempunyai nilai muka RM100

      Padam
  2. kalau nak jual dengan nilai emas dekat kedai emas dapat rm1300 tapi sayang nak jual sebab tak tahu nilai sebenar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau jual dikedai emas, memang itulah harganya kerana mereka menilai mengikut berat emas, ketulinan dan harga semasa. Namun jika dijual kepada peminat duit lama, nilainya adalah lebih tinggi lagi kerana nilai numismatik syiling tersebut. Saya bukanlah layak untuk memberi harga sesuatu syiling namun kalau ikut bacaan saya syiling tersebut kalau dalam bentuk peruf berharga antara RM2500 - RM5000 sementara bukan peruf berharga antara RM1500 - RM2500.

      Padam
  3. kalau nak tekgok cal 0145011081

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau mahukan penjelasan yang lebih, mungkin tuan/puan boleh join group kami di facebook samaada 'Kemaruk Duit Lama' atau 'Kedai Hantu Duit 2'

      Link dia:
      Kemaruk Duit Lama
      https://www.facebook.com/groups/kemaruk.numismatik/

      Kedai Hantu Duit 2
      https://www.facebook.com/groups/hantu.numismatik/

      Padam
  4. Saya ada syiling kupro buka perof . 1 ringgit . Hehe . Nak x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas tawaran sdr, namun syiling tersebut telahpun ada dalam koleksi saya.... apa pun, terima kasih....

      Padam
  5. kalau duit syiling rm1 25 tahun merdeka , berapa harga pasaran bagi tahun 2015 ? saya tgok ada yg ltak harga rm50k

    BalasPadam
  6. Salam, berapa nilai pasaran bagi syiling kupro-nikel peruf 1 Ringgit 25 Tahun Merdeka?

    BalasPadam
  7. Oh saya juga ada syiling perak peruf 25 Ringgit 25 Tahun Merdeka? Berapakah nilai pasaran semasa?

    BalasPadam
  8. saya ada satu duit syiling perak 25 ringgit (peruf) macam dkt atas tu. siap case dan sijil dari bank negara.berminat 0123404624-jimmy

    BalasPadam
  9. saya ada duit syiling rm25 tengku abd rahman..macam gambar diatas...boleh wasap saya atau call 01137854977

    BalasPadam
  10. saya ada duit syiling rm25 tengku abd rahman..macam gambar diatas...boleh wasap saya atau call 01137854977

    BalasPadam
  11. maaf bertanye..sye ade syiling pringtn tunku abdul rahman muke rm500 tetapi bukan peruf..jadi sye nk tnye adakah syiling bukn peruf ni pon emas jugak..atau hnye syiling peruf sahaj y emas...boleh tak kalu sye nk jual di kedai emas syiling bukn peruf ni?

    BalasPadam
  12. Sya ada syiling lma tuaku abdul rahman rm1..thn 1957-1982..serius buyer hage leh runding,whatsap 0146623205

    BalasPadam
  13. i ada.syiling 25 tahun merdeka.sape minat beli wSAP 0109280379

    BalasPadam