Jumaat, 11 Januari 2013

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-20


Pada 30 Ogos 1977, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling peringatan yang sah diperlakukan (legar tender) bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Negara ke-20. Syiling peringatan ini dikeluarkan menggunakan logam tembaga-nikel dan dikeluarkan dalam bentuk peruf dan bukan peruf.

Duit syiling ini seberat 16.80 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM1. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 3,100 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula, kuantiti tempaan adalah terhad kepada 500,000 keping sahaja.

Duit syiling peringatan ini ditempa oleh Franklin Mint. Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan ini adalah seperti berikut:

Duit Syiling Peringatan Sempena
Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-20

Spesifikasi Teknikal

Jenis
Tembaga-Nikel
Kandungan Logam

Tembaga 75%
Nikel 25%

Diameter
33.40 mm
Berat
16.80 gram
Ketebalan
2.45 mm
Klasifikasi
Peruf
Bukan Peruf
Jumlah Tempaan
Dibenarkan
3,100
500,000

Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk hadapan bagi syiling peringatan ini memaparkan imej Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman. Disekeliling bahagian atas syiling tertera perkataan "TUANKU ABDUL RAHMAN" dan perkataan "MALAYSIA" disekeliling bahagian bawah syiling.

Rekabentuk belakang pula diletakkan Jata Negara dibahagian tengah syiling tersebut dengan tahun "1957-1977" di atasnya. Perkataan "20 TAHUN MERDEKA" diletakkan disekeliling di bahagian atas dan nilai muka syiling di bahagian bawah syiling.

Syiling Tembaga-Nikel Bukan Peruf 20 Tahun Merdeka - Depan

Syiling Tembaga-Nikel Bukan Peruf 20 Tahun Merdeka - Belakang
Kod:00.81
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan tembaga-nikel bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM40 - RM50.

3 ulasan:

  1. Masukkan ulasan anda...harga untuk tahun 2015 berape?

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Salam saya ade duit syiling 20 sen lame tahun 1988 boley wssapp sye 01161119598

    BalasPadam