Isnin, 13 Januari 2014

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Muzium Negara Ke-50

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan ulang tahun Muzium Negara Ke-50. Muzium Negara telah dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1963 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail.
Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:
  1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan dijual pada harga RM1,800 sekeping. Sebanyak 500 keping ditempa.
  2. Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan dijual pada harga RM150 sekeping. Sebanyak 1,000 keping ditempa.
  3. Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan dijual pada harga RM10 sekeping. Sebanyak 25,000 keping ditempa.
Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set tiga dalam satu dan set dua dalam satu. Set tiga dalam satu terdiri daripada duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Setiap set duit syiling ini akan dijual pada harga RM2,000 dan terdapat 500 set sahaja. Set dua dalam satu pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Setiap set duit syiling ini akan dijual pada harga RM200 dan terdapat 750 set sahaja. Butiran terperinci mengenai duit syiling ini terdapat dalam jadual berikut:

PENGELUARAN DUIT SYILING PERINGATAN SEMPENA ULANG TAHUN MUZIUM NEGARA 
KE-50
Spesifikasi Teknikal
Jenis
Logam
Nilai Muka
(RM)
Kuantiti Tempaan
(keping/set)
Garis Pusat (mm)
Berat
(gram)
Bentuk
Emas Pruf
Emas (Au999.9)
100
500
22.0
7.96
Bulat dengan sisi
bergerigi
Perak (Ag92.5)
10
1,000
35.7
21.0
Bulat dengan sisi
bergerigi
Cu89
Zn5 Al5
Sn1
1
25,000
30.0

8.5
Bulat dengan sisi
bergerigi
Set 2 dalam 1 1

10 + 1
750



Set 3 dalam 12

100 + 10 + 1
500



Nota:
  • Set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak pruf dan emas Nordic pruf.
  • Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas pruf, perak pruf dan emas Nordic pruf.

Reka Bentuk Duit Syiling

Keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan tersebut adalah seperti yang berikut:

  1. Bahagian Hadapan
    Imej bahagian hadapan Muzium Negara dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan “JUBLI EMAS MUZIUM NEGARA” dan tahun “1963 – 2013” yang menandakan ulang tahun ke-50 Muzium Negara tertera pada bahagian atas duit syiling.
  2. Bahagian Belakang
    Imej mural dari Muzium Negara dipaparkan adalah pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling ini tertera di bahagian bawahnya.
Reka bentuk keseluruhan duit syiling peringatan ini adalah seperti berikut:

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 2 September 2013 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) dan pejabat wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru, dan cawangan di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.


Bank Negara Malaysia
31 Ogos 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan