Khamis, 16 Januari 2014

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Jubli Emas Muzium Negara (Coin Card)


Jubli Emas Muzium Negara


Logo Jabatan Muzium Malaysia
Idea penubuhan Muzium Negara merupakan cetusan ilham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Cadangan untuk membina Muzium Negara telah diluluskan pada tahun 1958 dan kerja-kerja pembinaannya telah bermula pada tahun 1962. Muzium ini didirikan di atas bekas tapak Muzium Selangor yang musnah pada 10 Mac 1945 akibat pengeboman oleh Angkatan Tentera Bersekutu semasa Perang Dunia Kedua. 

Reka bentuk Muzium Negara yang bercirikan seni bina rumah Melayu tradisional dan menyerlahkan unsur kemegahan istana diraja Melayu dihasilkan oleh arkitek kelahiran tempatan, Ho Kok Hoe. Bangunan Muzium Negara juga merupakan ikon kebudayaan Malaysia yang sangat dikagumi. Bahagian hadapannya dihiasi dengan dua mural yang sangat indah, diperbuat daripada mozek Itali yang menggambarkan sejarah, seni dan budaya negara, hasil karya Cheong Lai Tong.

 
Muzium Negara dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1963 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail, bersempena dengan hari Kemerdekaan Negara. Sambutan Ulang Tahun Muzium Negara Ke-50 pada 31 Ogos 2013 merupakan detik bersejarah kerana disambut serentak dengan Ulang Tahun pembentukan Malaysia yang ke-50.

Syiling Jubli Emas Muzium Negara - Depan

Syiling Jubli Emas Muzium Negara - Belakang
Kod:00.01
Harga semasa (2013) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM14 - RM25.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan