Khamis, 9 Januari 2014

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Penubuhan Malaysia Ke-50

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Penubuhan Malaysia Ke-50. Hari Malaysia kini disambut pada 16 September setiap tahun sebagai memperingati penubuhan persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 11 buah negeri di  Tanah Melayu dan dua buah negeri di Borneo, iaitu Sabah dan Sarawak.
Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:
1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya RM1,800 sekeping. Sebanyak 750 keping ditempa.
Duit syiling ini merupakan duit syiling berwarna yang pertama dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Pada bahagian hadapan duit syiling ini terdapat imej berwarna Jalur Gemilang. Duit syiling pruf yang berwarna ini diperbuat daripada logam Perak (Fine Silver) dengan ketulenan 999 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan dijual pada harga RM200 sekeping. Sebanyak 10,000 keping ditempa.
Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya RM10 sekeping. Sebanyak 25,000 keping ditempa.
Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1, dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak berwarna dan emas Nordic pruf. Set ini akan dijual pada harga RM2,100 dan hanya terdapat 500 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak berwarna dan emas Nordic pruf. Set ini akan dijual pada harga RM250 dan hanya terdapat 1,000 set sahaja. Butiran terperinci mengenai spesifikasi kesemua duit syiling peringatan ini terdapat dalam jadual berikut:
 Spesifikasi Teknikal
Jenis Duit Syiling
Logam
Nilai Muka
(RM)
Kuantiti Tempaan (keping/set)
Garis Pusat (mm)
Berat
(gram)
Bentuk
Emas Pruf
Emas (Au999.9)
100
750
22.0
7.96
Bulat dengan sisi bergerigi
Perak (Ag999)
10
10,000
40.7
31.1
Bulat dengan sisi bergerigi
Emas Nordic (kilatan istimewa)
Cu89
Zn5 Al5
Sn1
1
25,000
30.0

8.5
Bulat dengan sisi bergerigi
Set 2 dalam 11

10 + 1
1,000



Set 3 dalam 12

100 + 10 + 1
500



Nota:
1Set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak berwarna pruf dan emas Nordic pruf.
2Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas pruf, perak berwarna pruf dan emas Nordic pruf.

Reka Bentuk Duit Syiling

Berikut ialah keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan tersebut:
i. Bahagian Hadapan
Duit syiling peringatan ini memaparkan imej Jalur Gemilang yang berwarna di bahagian tengahnya.  Perkataan “PERAYAAN HARI MALAYSIA” dan “50 Tahun” dipaparkan di bahagian atas duit syiling manakala perkataan “16 SEPTEMBER 1963-2013” dipaparkan di bahagian bawah duit syiling.
ii. Bahagian Belakang
Bahagian tengah duit syiling peringatan ini memaparkan imej Jata Negara dan peta Malaysia. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan di bahagian atas duit syiling manakala nilai muka duit syiling tertera di bahagian bawahnya.
Reka bentuk keseluruhan duit syiling peringatan ini adalah seperti berikut:


Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 17 September 2013 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) di Sasana Kijang, Kuala Lumpur dan pejabat wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru serta  cawangan di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching. 
Bank Negara Malaysia
16 September 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan