Isnin, 20 Januari 2014

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia Ke-80 (Coin Card)

GEMILANG PERWIRA NEGARA



Pembentukan pasukan tentera yang dikenali sebagai Rejimen Melayu pada 1 Mac 1933 merupakan asas kepada penubuhan Angkatan Tentera Malaysia yang diistiharkan semasa pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Angkatan Tentera Malaysia telah berkembang sejak lapan dekad yang lalu daripada sebuah pasukan tentera semasa zaman kolonial kepada Angkatan Tentera Serba Lengkap dan Canggih (Full Spectrum Force). Perjalanan yang begitu panjang dan penuh liku-liku tersebut tidak sepi daripada pengorbanan yang menitiskan darah, keringat dan air mata, supaya rakyat Malaysia dapat menikmati keamanan dan kemakmuran hasil daripada persekitaran aman yang dipertahankan oleh Angkatan Tentera Malaysia.


Angkatan Tentera Malaysia pada hari ini terus berbakti kepada negara dalam persekitaran geostrategik yang sentiasa berubah, baik di dalam negara mahupun di luar negara. Berbekalkan teknologi canggih dalam pelaksanaan pendekatan yang melibatkan tiga elemen iaitu manusia, mesin dan metod, Angkatan Tentera Malaysia terus memelihara keamanan serta menyumbang kepada pembangunan negara.


Duit syiling ini dikeluarkan untuk memperingati perkembangan yang telah dilalui Angkatan Tentera Malaysia selama lapan dekad untuk menjadi sebuah Angkatan Tentera Serba Lengkap dan Canggih, yang mengingatkan kita akan pengorbanan, usaha dan legasi paara pahlawan negara yang terdahulu.


Syiling ATM - Depan
Syiling ATM - Belakang

Tiga platform yang dipaparkan pada duit syiling iaitu Kereta Kebal Utama Pendekar PT-91, Kapal Selam Scorpene dan Pesawat Pejuang Sukhoi-SU-30M mencerminkan kesepaduan dimensi permukaan, di bawah permukaan dan aeroangkasa dalam peperangan moden. Duit syiling ini merupakan testimoni kepada usaha Angkatan Tentera Malaysia untuk menjadi Pasukan Serba Lengkap dan Canggih (Full Spectrum Force) yang moden dan efektif.

Kod:00.01
Harga semasa (2013) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM14 - RM25.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan