Jumaat, 24 Januari 2014

Duit Syiling Peringatan Sempena Perayaan Hari Malaysia 50 Tahun (Coin Card)


Perayaan Hari Malaysia Ke-50 Tahun

Tarikh 16 September 1963 adalah penting kerana Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri yang pertama, mengisytiharkan penubuhan Malaysia di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Detik pengisytiharan ini disaksikan oleh 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari penuh bersejarah ini. Tunku Abdul Rahman bersama-sama dengan mereka yang hadir telah melaungkan "Merdeka" sebanyak tujuh kali.


Hari Malaysia kini disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 11 buah negeri di Tanah Melayu dan dua buah negeri di Borneo, iaitu Sabah dan Sarawak.

Malaysia ditubuhkan hasil daripada persetujuan kesemua negeri tersebut untuk menubuhkan sebuah negara yang dilihat sebagai satu kesatuan bersekutu dangan ciri-cirinya yang tersendiri.


Sejarah Malaysia yang terbentuk daripada pelbagai cabaran dan perjuangan generasi terdahulu wajar dikenang kerana ia menjadi asas pembentukan Malaysia hari ini. Melalui pemahaman tentang sejarah pembentukan Malaysia, rakyat akan dapat menghayati makna sebenar kemerdekaan yang kita kecapi selama ini. Hari Malaysia sesungguhnya telah mengeratkan perpaduan dan persefahaman antara kaum. Malah tarikh 16 September 2013 amat bermakna kerana ia juga menandakan Ulang Tahun Penubuhan Malaysia yang ke-50.

Syiling 50 Tahun Malaysia - Depan

Syiling 50 Tahun Malaysia - Belakang
Kod:00.01
Harga semasa (2013) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM12 - RM20.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan