Rabu, 12 Disember 2012

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena 100 Tahun Kuala Lumpur Sebagai Penguasa Tempatan

Sempena 100 Tahun Kuala Lumpur Sebagai Penguasa Tempatan, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan dua jenis syiling peringatan yang sah diperlakukan (legal tender) pada 15 Disember 1990. Satu syiling peringatan ini dikeluarkan menggunakan logam perak sterling dengan ketulenan .925 (92.5%) sementara satu lagi menggunakan logam tembaga bersalut zink. Syiling perak sterling dikeluarkan dalam dua bentuk iaitu peruf dan kilatan istimewa (brilliant uncirculated) sementara syiling tembaga bersalut zink hanya dikeluarkan di dalam bentuk kilatan istimewa (brilliant uncirculated) sahaja.

Jenis-jenis Duit Syiling Peringatan

  • Syiling Perak Sterling Peruf
    Duit syiling peruf ini diperbuat daripada logam Perak Sterling dengan tahap ketulenan .925 (92.5%), seberat 21.7 gram mempunyai nilai muka RM25. Kuantiti tempaan terhad kepada 25,000 keping sahaja.
  • Syiling Perak Sterling Kilatan Istimewa (brilliant uncirculated)
    Duit syiling dengan kilatan istimewa ini diperbuat daripada logam Perak Sterling dengan tahap ketulenan .925 (92.5%), seberat 21.7 gram mempunyai nilai muka RM25. Kuantiti tempaan terhad kepada 25,000 keping sahaja.
  • Syiling Tembaga bersalut Zink Kilatan Istimewa (brilliant uncirculated)
    Duit syiling tembaga bersalut Zink ini dikeluarkan dalam versi kilatan istimewa dengan nilai muka RM5. Kuantiti tempaan terhad kepada 100,000 keping sahaja.

Spesifikasi Teknikal


Jenis
Perak Sterling
Perak Sterling
Tembaga bersalut Zink
Kandungan Logam
Perak 92.5%
Tembaga 6.0%
Perak 92.5%
Tembaga 6.0%
Tembaga bersalut Zink
Klasifikasi
Peruf
Kilatan Istimewa
Kilatan Istimewa
Diameter
35.7 mm
35.7 mm
26.2 mm
Berat
21.7 gram
21.7 gram
10.6 gram
Ketebalan
2.7 mm
2.7 mm
2.7 mm
Jumlah Tempaan
Dibenarkan
25,000
25,000
100,000



Reka bentuk Duit Syiling

Rekabentuk untuk dua-dua jenis duit syiling peringatan ini adalah sama iaitu pada hadapan syiling di bahagian tengah dipaparkan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur baru dan lama dengan berlatar belakang bendera rasmi Kuala Lumpur. Perkataan “PENGUASA TEMPATAN KE-100 TAHUN”, tertera pada bahagian atas duit syiling semantara perkataan "KUALA LUMPUR" dan "1890-1990" pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling.

Pada bahagian belakang syiling peringatan ini pula dihiasi dengan loga rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan berlatar belakang 14 garisan lurus selari di bahagian atas syiling semantara dibahagian bawah tertera nilai muka dan perkataan "MALAYSIA".

Syiling-syiling telah ditempa oleh Kilang Wang Bank Negara Malaysia.


Syiling Tembaga bersalut Zink - Depan

Syiling Tembaga bersalut Zink - Belakang

Kod:00.52
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan tembaga bersalut zink bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM20 - RM30.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan