Khamis, 13 Disember 2012

Pengeluaran Duit Syiling Perak Peringatan Sempena Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah

Pada 27 Disember 1989, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan perak sterling yang sah diperlakukan (legal tender) bersempena memperingati Penisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah. Duit syiling peringatan perak sterling peruf ini dengan ketulenan .925 (92.5%) didatangkan dengan nilai muka sebanyak RM10. Kuantiti tempaan yang dibenarkan oleh BNM adalah terhad kepada 20,000 keping sahaja.

Rekabentuk Duit Syiling


Rekabentuk hadapan duit syiling ini memaparkan motif kereta lembu yang begitu terkenal di Melaka. Di sekeliling syiling tertera perkataan "MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH" dan tahun "1989". Rekabentuk belakang pula, memaparkan Jata Negeri Melaka di tengah dengan 5 jambangan bunga raya dikiri dan kanan jata tersebut. Di bahagian atas tertera perkataan "MALAYSIA" dan nilai muka syiling "10 RINGGIT" tertera di bahagian bawah syiling.

Spesifikasi Teknikal

Jenis
Perak Sterling
Kandungan Logam
Perak 92.5%
Tembaga 7.5%
Klasifikasi
Peruf
Diameter
30.5 mm
Ketebalan
2.3 mm
Berat
13.6 gram
Tempaan Dibenarkan
20,000 keping
Nilai Muka
RM10
Pengeluar
Kilang Wang Bank Negara Malaysia

Duit syiling peringatan perak sterling ini ditempa oleh Kilang Wang Bank Negara Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan