Jumaat, 28 Disember 2012

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Bank Negara Malaysia Ke-30

Pada 31 Januari 1989, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling peringatan yang sah diperlakukan (legar tender) bersempena Ulang Tahun Bank Negara Malaysia ke-30. Syiling peringatan ini dikeluarkan menggunakan logam perak dan dikeluarkan dalam bentuk peruf dan bukan peruf.

Duit syiling ini diperbuat dari logam perak dengan ketulenan .925 (92.5%), seberat 22.0 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM30. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 10,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula didatang dalam kad syiling biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 47,000 keping sahaja.


Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan ini adalah seperti berikut:


Duit Syiling Peringatan Sempena

Ulang Tahun Bank Negara Malaysia Ke-30


Spesifikasi Teknikal

Jenis
Perak
Kandungan Logam
Perak 92.5%
Zink 7.5%
Diameter
37.8 mm
Berat
22.0 gram
Ketebalan
2.5 mm
Klasifikasi
Peruf
Bukan Peruf
Jumlah Tempaan
Dibenarkan
10,000
47,000

Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk hadapan bagi syiling peringatan ini memaparkan bangunan ibu pejabat Bank Negara Malaysia bersama bangunan Sultan Abdul Samad dengan bendera Malaysia yang sedang berkibar sebagai latar belakang. Bahagian bawah syiling tertera perkataan "ULANG TAHUN KE-30".

Rekabentuk belakang pula diletakkan nilai muka syiling di bahagian tengah dengan logo rasmi Bank Negara Malaysia di atas nilai muka tersebut. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" diletakkan disekeliling di bahagian bawah syiling sementara tahun "1959 - 1989" di bahagian atas.

Duit syiling peringatan ini ditempa oleh Kilang Wang, Shah Alam.

Duit Syiling Peringatan Perak Bukan Peruf 
Kod:00.111
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan perak bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM100 - RM120.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan