Jumaat, 14 Disember 2012

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel

Bank Negara Malaysia pada 18 Oktober 1989 telah mengeluarkan dua jenis duit syiling peringatan sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel yang berlangsung pada 18 - 24 Oktober 1989 di Langkawi, Kedah. Kedua-dua duit syiling peringatan ini adalah sah diperlakukan (legal tender) dan butirannya adalah seperti berikut:
  1. Duit Syiling Peringatan Perak
    Duit syiling perak ini diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 92.5 seberat 21.7 gram setiap keping. Ia mempunyai nilai muka RM25 dan didatangkan di dalam dua bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Syiling perak peruf, didatangkan di dalam kotak baldu biru Bank Negara Malaysia dengan kuantiti tempaan terhad kepada 8,000 keping sahaja sementara syiling perak bukan peruf didatangkan didalam kad syiling berwarna biru dengan kuantiti tempaan terhad kepada 30,000 keping sahaja.
  2. Duit Syiling Peringatan Tembaga bersalut Zink
    Duit syiling Tembaga bersalut Zink ini mempunyai nilai muka RM5 dan diperbuat daripada logam Tembaga (84%), Zink (12%) dan Timah (4%). Beratnya 10.4 gram setiap satu dan juga didatangkan di dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Syiling peruf, didatangkan di dalam kotak baldu biru Bank Negara Malaysia dengan kuantiti tempaan terhad kepada 8,000 keping sahaja sementara syiling bukan peruf didatangkan di dalam kad syiling berwarna biru dengan kuantiti tempaan terhad kepada 150,000 keping sahaja.
Syiling-syiling peringatan ini juga boleh didapati di dalam set 2 dalam 1 dimana ia mengandungi sekeping syiling peringatan perak peruf dan sekeping syiling peringatan tembaga bersalut zink peruf. Set 2 dalam 1 ini didatangkan di dalam kotak baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti terhad kepada 15,000 set sahaja. Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan adalah seperti berikut:

Duit Syiling Peringatan Sempena
Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel


Spesifikasi Teknikal



Jenis


Perak
Tembaga bersalut Zink
2 Dalam 1
Kandungan Logam

Perak 92.5%
Zink 7.5%

Tembaga 84%
Zink 12%
Timah 4%

Diameter
35.7 mm
26.0 mm

Berat
21.7 gram
10.4 gram

Ketebalan
2.7 mm
2.9 mm

Klasifikasi
Peruf
Bukan Peruf
Peruf
Bukan Peruf
Peruf
Jumlah Tempaan
Dibenarkan
8,000
30,000
8,000
150,000
15,000


Reka bentuk Duit Syiling


Rekabentuk syiling ini di bahagian belakang adalah sama dimana di bahagian tengah tertera perkataan "MALAYSIA" di atas satu garisan lurus melintang syiling tersebut. Di atas perkataan Malaysia itu, terpapar Jata Negara Malaysia sementara di bawah perkataan Malaysia diletakkan nilai muka syiling peringatan tersebut.

Rekabentuk hadapan bagi syiling peringtan perak, bahagian tengah dipaparkan peta dunia dengan bendera Malaysia yang sedang berkibar di pacakkan di peta Malaysia. Logo rasmi CHOGM, tahun "1989" dan perkataan "MESYUARAT KETUA-KETUA KERAJAAN KOMANWEL" tertera dibahagian atas syiling. Perkataan "THE COMMONWEALTH HEADS OF GOVERNMENT MEETING" tertera disekeliling syiling di bahagian bawah.

Rekabentuk hadapan bagi syiling peringatan tembaga bersalut zink adalah hampir sama seperti rekabentuk hadapan syiling perak di mana paparan peta dunia bersama bendera Malaysia yang sedang berkibar digantikan dengan paparan bangunan Sultan Abdul Samad berlatar belakang beberapa garisan lurus melintang di bahagian bawah. Perkataan "MESYUARAT KETUA-KETUA KERAJAAN KOMANWEL" tertera dibahagian atas syiling. Logo rasmi CHOGM diletakkan di sebelah kiri syiling dan tahun "1989" di sebelah kanan syiling.  Perkataan "THE COMMONWEALTH HEADS OF GOVERNMENT MEETING" masih dikekalkan iaitu tertera disekeliling syiling di bahagian bawah.

Duit syiling peringatan ini ditempa oleh Kilang Wang Bank Negara Malaysia


Syiling Perak Bukan Peruf - Depan
Syiling Perak Bukan Peruf - Belakang

Kod:00.021
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan perak bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM80 - RM100.




Syiling peringatan tembaga bersalut zink bukan peruf

Kod:00.81
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan tembaga bersalut zink bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM20 - RM40.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan