Selasa, 11 Disember 2012

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun ke-20 Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF)

Pada 15 Disember 1992, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan 3 jenis duit syiling peringatan yang sah diperlakukan (legal tender) bersempena Ulang Tahun ke-20 Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF). Syiling peringatan ini telah dikeluarkan menggunakan logam emas, perak sterling dan tembaga-zink-timah. Syiling emas dan perak sterling dikeluarkan dalam bentuk peruf sementara tembaga-zink-timah dalam dua bentuk iaitu kilatan istimewa (brilliant uncirculated) dan peruf

Jenis-jenis Duit Syiling Peringatan

  • Set 3 Dalam 1                 
    Set 3 dalam 1 mengandungi syiling emas peruf, syiling perak sterling peruf dan syiling tembaga-zink-timah peruf. Syiling tembaga-zink-timah peruf hanya terdapat di dalam set 3 dalam 1 sahaja. Kuantiti tempaan terhad kepada 3,000 set sahaja.
  • Syiling Emas Peruf
    Syiling emas peruf yang diperbuat daripada emas dengan ketulenan 0.900 (90%). Ia seberat 8.6gram dan mempunyai nilai muka RM250. Kuantiti tempaan adalah terhad kepada 3,000 keping sahaja.
  • Syiling Perak Sterling Peruf
    Duit syiling peruf ini diperbuat daripada logam Perak Sterling dengan tahap ketulenan .925 (92.5%), seberat 21.7 gram mempunyai nilai muka RM25. Kuantiti tempaan terhad kepada 50,000 keping sahaja.
  • Syiling Tembaga-Zink-Timah Kilatan Istimewa (brilliant uncirculated)
    Duit syiling tembaga-zink-timah ini dikeluarkan dalam versi kilatan istimewa dengan nilai muka RM5. Kuantiti tempaan terhad kepada 100,000 keping sahaja.

Syiling Tembaga-Zink-Timah Sempena Ulang Tahun ke-20 Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) - Hadapan

Syiling Tembaga-Zink-Timah Sempena Ulang Tahun ke-20 Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) - Belakang




Reka bentuk Duit Syiling

Rekabentuk belakang untuk ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sama iaitu pada bahagian tengah duit syiling dipaparkan tanda dagangan serta logo organisasi iaitu “WWF” dan beruang Panda. Perkataan “Bank Negara Malaysia”, iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan, tertera pada bahagian atas duit syiling semantara denominasi duit syiling tersebut pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling.

Corak-corak abstrak membentuk bayangan haiwan terancam digunakan untuk rekabentuk pada bahagian hadapan syiling peringatan ini. Bahagian hadapan duit syiling emas, corak abstrak menggambarkan harimau/kucing. Duit syiling perak, corak abstrak menggambarkan ikan sementara corak abstrak menggambarkan burung botak upeh pada syiling tembaga-zink-timah. Di bawah corak abstrak ini tertera tahun "1972-1992" di setiap duit syiling tersebut.

Spesifikasi Teknikal


Jenis
Emas
Perak Sterling
Tembaga-Zink-Timah
Kandungan Logam
Emas 90%
Perak 92.5%
Tembaga 7.5%
Tembaga-Zink-Timah
Klasifikasi
Peruf
Peruf
Kilatan Istimewa
dan Peruf dalam
set 3 dalam 1
Diameter
22.0 mm
35.7 mm
26.0 mm
Berat
8.6 gram
21.7 gram
10.4 gram
Ketebalan
1.8 mm
2.7 mm
2.8 mm
Jumlah Tempaan
Dibenarkan
3,000
50,000
100,000

Syiling-syiling telah ditempa oleh Kilang Wang Bank Negara Malaysia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan