Isnin, 17 Disember 2012

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Sukan Asia Tenggara ke-15

Bersempena Sukan Asia Tenggara 1989 atau Sukan Asia Tenggara ke-15 yang telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 20-31 Ogos 1989, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan 3 jenis duit syiling peringatan yang sah diperlakukan (legar tender) pada 16 Ogos 1989. Syiling peringatan ini dikeluarkan menggunakan logam emas, perak dan tembaga bersalut zink. Syiling emas dikeluarkan dalam bentuk peruf sahaja manakala syiling perak dan tembaga bersalut zink dikeluarkan di dalam bentuk peruf dan kilatan istimewa (brilliant uncirculated)

Jenis-jenis Duit Syiling Peringatan

1. Duit Syiling Peringatan Emas
Duit syiling peruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan .900 (90%) seberat 8.6 gram setiap keping. Ia mempunyai nilai muka RM250 dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 2,500 keping sahaja. Syiling peruf ini didatangkan didalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia bersama spesifikasi syiling.

2. Duit Syiling Peringatan Perak
Duit syiling ini diperbuat dari logam perak dengan ketulenan .925 (92.5%), seberat 16.8 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM15. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 20,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula didatang dalam kad syiling biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 50,000 keping sahaja

3. Duit Syiling Peringatan Tembaga bersalut Zink 
Duit syiling ini diperbuat dari logam tembaga, zink dan timah, seberat 10.4 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM5. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 50,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula didatang dalam kad syiling biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 500,000 keping sahaja.

Syiling-syiling peringatan ini juga di dalam set peruf 3 dalam 1 dan 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi syiling peringatan peruf emas (RM250), syiling peringatan peruf perak (RM15) dan syiling peringatan peruf tembaga bersalut zink (RM5). Set 2 dalam 1 pula mengandungi syiling peringatan peruf perak (RM15) dan syiling peringatan peruf tembaga bersalut zink (RM5).

Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan ini adalah seperti berikut:

Duit Syiling Peringatan Sempena
Sukan
Asia Tenggara Ke-15
Spesifikasi Teknikal



Jenis



Tembaga bersalut Zink
Perak
Emas
Kandungan Logam

Tembaga 84%
Zink 12%
Timah 4%


Perak 92.5%
Zink 7.5%


Emas 90%

Diameter
26.0 mm
32.0 mm
22.0 mm
Berat
10.4 gram
16.8 gram
8.6 gram
Ketebalan
2.8 mm
2.6 mm
1.8 mm
Klasifikasi
Peruf
Bukan Peruf
Peruf
Bukan Peruf
Peruf
Jumlah Tempaan
Dibenarkan
50,000
500,000
20,000
50,000
2,500

Boleh juga didapati dalam set
Klasifikasi

Jumlah Tempaan Dibenarkan


Set 2 dalam 1
Duit Syiling Perak dan Tembaga bersalut Zink

Peruf
25,000

Set 3 dalam 1
Duit Syiling Emas, Perak dan Tembaga bersalut Zink

Peruf
2,500

Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk hadapan bagi ketiga-tiga syiling hampir sama iaitu mengandungi loga rasmi Sukan Asia Tenggara, tahun "1989", perkataan "SUKAN ASIA TENGGARA KE XV" disebelah atas syiling dan "XV SOUTH EAST ASIA GAMES" disebelah bawah syiling. Bagi syiling emas, di bahagian tengah syiling di gambarkan atlit yang sedang melepaskan seekor burung merpati. Syiling perak pula menggambarkan atlit yang terlibat dalam acara renang, badminton dan olahraga. Sementara syiling tembaga bersalut zink pula menggambarkan atlit yang terlibat dalam acara sepak takraw, bola sepak dan hoki.

Rekabentuk belakang pula adalah sama bagi ketiga-tiga syiling dengan gambaran bendera Malaysia di letakkan di belah atas syiling. Nilai muka syiling di letakkan di bahagian tengah syiling sementara perkataan "KUALA LUMPUR - MALAYSIA" di bahagian bawah syiling.

Duit syiling peringatan ini ditempa oleh Kilang Wang Bank Negara Malaysia

Syiling Tembaga bersalut Zink bukan peruf

Kod:00.81
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan tembaga bersalut zink bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM20 - RM30.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan