Rabu, 31 Oktober 2012

Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) (Coin Card)


PENGELUARAN DUIT SYILING PERINGATAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEMBILAN (RMKe-9)


RMKe-9, yang dibentangkan di Parlimen pada hujung bulan Mac 2006 merupakan satu pelan tindakan ekonomi dalam agenda Misi Nasional yang akan membawa negara ke arah mencapai taraf sebuah negara maju menjelang Tahun 2020.


Misi Nasional yang dirangka merangkumi lima teras utama:

Teras Pertama: Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara
Melalui teras ini, kerajaan mensasarkan untuk meningkatkan nilai tambah sektor ekonomi berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam bidang ICT, bioteknologi dan perkhidmatan.

Teras Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk 'minda kelas pertama'
Kerajaan akan melaksanakan usaha menambah baikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh. Penekanan akan diberi pada usaha memupuk masyarakat yang berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

Teras Ketiga: Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif
Kerajaan mendokong matlamat untuk membasmi kemiskinan, menjana pembangunan lebih seimbang dan memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara adil dan saksama.

Teras Keempat: Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
Kerajaan akan terus menyediakan keperluan asas seperti air, tenaga, perumahan, pengangkutan dan kemudahan lain. Namun penekanan harus diberikan pada usaha menangani isu-isu berhubung penyelenggaraan, penaiktarafan dan penggunaan sumber yang berkenaan.

Teras Kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara
Kerajaan komited untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam pada semua peringkat.


Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) akan menggerakkan agenda pembangunan negara untuk tempoh lima tahun pertama dalam Misi Nasional ini, dengan matlamat untuk menterjemahkan teras tersebut kepada program yang membuahkan hasil. Sejajar dengan itu, Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka untuk mencapai tahap ekonomi ekonomi negara yang lebih kukuh dengan nilai tambah yang lebih tinggi, di samping memberi tumpuan kepada isu sosioekonomi dan meningkatan mutu hidup rakyat keseluruhannya.


"RMKe-9 adalah antara peringkat yang penting untuk dijayakan sebelum negara menuju taraf negara maju pada 2020."

"Saingan ini bukan kecil tetapi besar dan hebat. Sekiranya tidak berjaya dengan saingan kita akan ke belakang."

Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi


Syiling Peringatan RMKe-9 (Depan)

Syiling Peringatan RMKe-9 (Belakang)

Kod:00.081
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM150 - RM200.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan