Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (World Association of Girl Guides and Girl Scouts, WAGGGS) merupakan sebuah pergerakan sukarela terbesar yang khusus untuk remaja perempuan dan wanita muda. Diasaskan oleh Sir Robert Baden - Powell pada tahun 1910 sebagai sebuah pergerakan Pandu Puteri, pergerakan ini kemudiannya dikenali secara rasmi sebagai WAGGGS pada tahun 1928.
Pergerakan ini mempunyai ahli sebanyak 10 juta orang di 145 buah negara di seluruh dunia. Ia menyatukan semua organisasi ahli yang bernaung di bawahnya di samping menggalakkan dan menubuhkan pergerakan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri dengan memberi sokongan kepada remaja perempuan dan wanita muda untuk membangunkan potensi diri sebagai warga dunia yang bertenggungjawab. Sepanjang 100 tahun yang lalu, pergerakan ini telah berusaha dengan penuh dedikasi untuk mengubah kehidupan dan membina dunia yang lebih baik melalui pembangunan kepimpinan, aktiviti kemasyarakatan, perkhidmatan kepada golongan yang memerlukan, pendidikan rakan sebaya dan program-program sokongan.
Bagi meraikan 100 tahun usaha dan aktiviti murni pergerakan ini, Persatuan Pandu Puteri Malaysia bersama-sama dengan Organisasi Ahli yang lain dari seluruh dunia meraikan ulang tahun WAGGGS yang ke-100 sepanjang tempoh tiga tahun, bermula dari tahun 2010 hingga ke tahun 2012 dengan penganjuran beberapa siri aktiviti-aktiviti yang menarik.
Sebagai sempurnanya sambutan perayaan tiga tahun tersebut, Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan ini sempena Sambutan Ulang Tahun ke-100 Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (World Association of Girl Guides and Girl Scouts, WAGGGS)
Syiling Ulang Tahun ke-100 WAGGGS - Depan |
Syiling Ulang Tahun ke-100 WAGGGS - Belakang |
Kod:00.02
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM15 - RM35.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan