Keluarga : Laniidae
Nama Biasa : Brown Shrike
Nama Melayu : Tirjup Tanah
Nama Saintifik : Lanius Cristatus
Tirjup Tanah boleh dilihat antara pertengahan bulan September hingga April di kawasan lapang yang terbuka. Warna bulu pelepah burung ini hampir kesemuanya adalah coklat muda atau coklat kekuningan dengan tompok seakan topeng di muka yang berwarna hitam manakala dahi dan bulu keningnya adalah pudar. Jambul dan ekor Tirjup Tanah berwarna kuning dengan bahagian bawah badan berwarna coklat cerah hingga keputih-putihan. Anak Tirjup Tanah mempunyai garisan hitam yang pudar dan halus pada bahagian tepi, dada dan belakang.
Burung ini mengeluarkan bunyi kicauan yang kasar, terutamanya pada waktu awal pagi untuk beberapa minggu selepas sampai di sesuatu kawasan baru. Burung ini boleh ditemui di kawasan lapang, tanah yang diusahakan dan hutan sekunder. Kebiasaannya, burung ini bertenggek di dahan yang terdedah, pagar atau wayar untuk memburu dan menangkap serangga di tanah.
Tirjup Tanah membiak di Palearctic, China, Jepun dan Korea. Semasa musim sejuk Tirjup Tanah berhijrah ke India, China, Taiwan, Kepulauan Sunda dan negara-negara Asia Tenggara lain.
Di Malaysia, tirjup ini dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No.
76/1972 dan disenaraikan sebagai nombor 427 dalam Jadual 3 (burung-burung
liar yang dilindungi sepenuhnya).
Syiling Tirjup Tanah - Depan
Syiling Tirjup Tanah - Belakang
Kod: Null
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM10 - RM35.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan