Keunikan Malaysia
Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga
Ciri-ciri unik yang mencorak
budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk
duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia',
reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni
kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit
syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan
pelbagai dengan begitu indah sekali.
Ciri-ciri Am
Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan
motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah
Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi
menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Bahagian belakang duit syiling
pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga
kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan
perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.
Nilai
Muka
|
50
sen
|
20
sen
|
10
sen
|
5
sen
|
Logam
|
Nikel
Loyang Bersalut Kuprum
|
Nikel
Loyang
|
Keluli
Tahan Karat
|
Keluli
Tahan Karat
|
Garis
pusat (mm)
|
22.65
|
20.60
|
18.80
|
17.78
|
Berat
(gram)
|
5.66
|
4.18
|
2.98
|
1.72
|
Bentuk
|
Bulat
berlekuk 9
|
Bulat
|
Bulat
|
Bulat
|
Sisi
|
Kosong
|
Kasar
|
Halus
|
Kosong
|
Warna
|
Kuning
|
Kuning
|
Putih
|
Putih
|
50 sen Sulur Kacang
Motif sulur kacang pada duit
syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir
dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan
juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti,
dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka
pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan
halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri
keselamatan.
Ciri Keselamatan
Image pendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan.
20 sen Bunga Melur
Bunga melur mendapat tempat
yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman
bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis
tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga
melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan
tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen
baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar
siga.
10 sen Motif Orang Asli
Orang Asli di Malaysia cukup
terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat
untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt
yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki
corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem
kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu
mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum
Mah Meri di Semenanjung Malaysia.
5 sen Destar Siga
Kain destar siga merupakan
sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya
dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain
hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan
dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang
diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur
kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.
Duit Syiling Peringatan
Sempena dengan pelancaran duit
syiling Malaysia terbaharu, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan
500,000 set duit syiling peringatan (Brilliant Uncirculated - BU)
terdiri dari semua denominasi duit syiling yang akan dijual kepada
orang ramai secara berperingkat-peringkat.
Set duit syiling peringatan ini
didatangkan dalam pakej khas pada mulanya dijual dengan harga RM10 setiap satu dan dijual mulai 26 Julai 2011 di Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia dan
Cawangan-Cawangan Bank Negara Malaysia di Johor Bahru, Pulau Pinang,
Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching. Pada waktu ini, syiling peringatan ini dijual pada harga antara RM 11 - RM20. Walau bagaimanapun ada dakwaan yang mengatakan masih terdapat syiling peringatan ini dijual Ibu Pejabat Bank Negara dan cawangan pada harga asal iaitu RM10.
Kod:00.81
Tiada ulasan:
Catat Ulasan