Khamis, 4 Oktober 2012

Syiling Spesis Haiwan Terancam - Siri Ketiga Haiwan Laut dan Reptilia Keluaran Kelima

PENYU LIPAS/OLIVE RIDLEY TURTLE


Keluarga : Cheloniidae
Nama Biasa : Olive Ridley Turtle
Nama Melayu : Penyu Lipas
Nama Saintifik : Lepidochelys Olivacea

Penyu Lipas ialah penyu yang terkecil antara empat spesies penyu yang terdapat di Malaysia. Panjang badannya berukuran antara 15 hingga 65 sentimeter dan beratnya pula boleh mencecah sehingga 50 kilogram.

Badan Penyu Lipas berwarna gelap seakan-akan warna buah zaitun yang berwarna coklat kekuning-kuningan. Makanan utama Penyu Lipas ialah udang, ubur-ubur, ketam dan siput. Musim bertelur adalah dari bulan Mac hingga Jun pada setiap tahun dengan purata sebanyak 100 biji telur setiap kali ia bertelur. Tekstur telurnya adalah lembut dan berwarna putih dengan ukuran garis pusat kurang daripada 4 sentimeter. Penyu ini kebiasaannya ditemui di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu.


Di Malaysia penyu ini dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985 dan juga Enakmen Penyu Negeri atau Peraturan-peraturan Perikanan (Penyu dan Telur Penyu).

 Syiling Penyu Lipas - Depan

 Syiling Penyu Lipas -Belakang
Kod: Null
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM10 - RM35.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan