Selasa, 2 Oktober 2012

Syiling Spesis Haiwan Terancam - Siri Ketiga Haiwan Laut dan Reptilia Keluaran Kedua

PENYU KARAH/HAWKSBILL TURTLE


Keluarga : Cheloniidae
Nama Biasa : Hawksbill Turtle
Nama Melayu : Penyu Karah/Penyu Sisik
Nama Saintifik : Eretmochelys Imbricata

Penyu Karah juga dikenali sebagai penyu sisik dan ia mudah dikenali kerana bentuk mulutnya yang menyerupai paruh burung helang. Susunan karapasnya (cengkerang) yang bertindih seperti bersisik dan berwarna coklat tua. Makanan utamanya terdiri daripada span laut dan karang lembut yang terdapat di kawasan terumbu karang yang juga menjadi habitat penyu ini.


Musim bertelurnya adalah sepanjang tahun di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, manakala di Pantai Timur Semenanjung pula adalah di antara Januari hingga September dengan jumlah telur di antara 70 biji hingga 160 biji setiap kali bertelur. Pendaratan utama Penyu Karah adalah di negeri Melaka. Pendaratan penyu ini juga berlaku di negeri Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah.

Di Malaysia spesies ini dilindungi di bawah Enakmen atau Peraturan Perikanan (Penyu dan Telur Penyu) yang dikuatkuasakan di negeri masing-masing dan juga di bawah Akta Perikanan 1985.

Syiling Penyu Karah - Depan

Syiling Penyu Karah - Belakang
Kod: Null
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM10 - RM35.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan