Rabu, 31 Oktober 2012

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Jubli Emas Universiti Teknologi MARA (Coin Card)


Universiti Teknologi Mara (UiTM) dikenali bermula dengan penubuhan Institut Teknologi Mara (ITM) dalam tahun 1967. Institusi ini adalah hasil daripada pemikiran pemimpin terdahulu yang berwawasan terutamanya Perdana Menteri Kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak.

Sejarah UiTM bermula pada tahun 1956 dengan penubuhan Pusat Latihan RIDA. Objektif RIDA adalah untuk membina semula masyarakat luar bandar di samping meningkatkan taraf ekonomi mereka. Pada bulan Jun 1965 Pusat Latihan RIDA telah ditukar nama kepada Maktab MARA dan pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA dengan rasminya dikenali pula sebagai Institut Teknologi MARA (ITM).


Dengan penghormatan-penghormatan yang telah diperolehi, ITM telah diberi kuasa penuh untuk menjalankan pentadbiran sendiri di bawah seliaan Kementerian Hel Ehwal Dalam Negeri dan terus berkembang sebagai suatu institusi pendidikan tinggi. Pada hari yang bertuah iaitu pada 26 Ogos 1999, Perdana Menteri Malaysia yang Keempat, iaitu Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan nama baru bagi ITM sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Tahun 2006 telah menyaksikan universiti ini sebagai institusi yang berprestij dan mengeluarkan banyak tokoh-tokoh bumiputera yang terkenal dan telah menyumbang kepada pertumbuhan sosio ekonomi negara. Ia akan terus berkembang seiring dengan kemajuan negara, untuk mencapai objektif menjadi sebuah universiti bertaraf dunia menjelang tahun 2020.

Syiling Ulang Tahun ke-50 UiTM - Depan

Syiling Ulang Tahun ke-50 UiTM - Belakang
Kod:00.531
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM100 - RM150.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan