Rabu, 10 Oktober 2012

Syiling Spesis Haiwan Terancam - Siri Ketiga Haiwan Laut dan Reptilia Keluaran Kesebelas

BUAYA TEMBAGA/INDOPACIFIC CROCODILE


Keluarga : Crocodylidae
Nama Biasa : Indopacific Crocodile
Nama Melayu : Buaya Tembaga
Nama Saintifik : Crocodylus Porosus

Buaya Tembaga ialah spesies buaya yang terbesar antara spesies buaya. Ia boleh dikenali berdasarkan muncungnya yang panjang dan berbentuk tiga segi serta kulitnya yang menggerutu daripada bahagian mata hingga ke bahagian muncungnya.

Anak buaya ini memakan serangga, ketam, katak dan ikan, manakala buaya dewasa pula memakan mangsa yang lebih besar. Buaya betina menghasilkan lebih daripada 80 biji telur dalam sarang yang dibuat daripada tumbuhan reput. Telur-telur itu akan dibiarkan menetas akibat terik panas matahari atau pereputan tumbuh-tumbuhan.


Spesies ini boleh ditemui di kawasan pantai India, Asia Tenggara dan Pasifik. Di Malaysia, spesies ini dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 76/1972 dan disenaraikan sebagai No. 41 dalam Jadual 1.

Syiling Buaya Tembaga - Depan

Syiling Buaya Tembaga - Belakang

Kod: Null
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM10 - RM35. Namun ramai yang percaya harga syiling ini lebih tinggi lagi kerana sukar memperolehinya pada masa kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan