Jumaat, 5 Oktober 2012

Syiling Spesis Haiwan Terancam - Siri Ketiga Haiwan Laut dan Reptilia Keluaran Keenam

PENYU BELIMBING/LEATHERBACK TURTLE


Keluarga : Demochelyidae
Nama Biasa : Leatherback Turtle
Nama Melayu : Penyu Belimbing
Nama Saintifik : Dermochelys Coriacea

Penyu Belimbing ialah spesies penyu yang terbesar di dunia. Spesies ini mempunyai karapas (cengkerang) yang menutupi kulitnya, dengan tujuh jalur yang memanjang dari bahagian atas hingga ekor. Penyu Belimbing mudah dikenali kerana corak buah belimbing yang terdapat pada cenkerangnya dan warna badannya yang kehitaman dengan tompok-tompok putih.

Penyu Belimbing boleh membesar sehingga 2 meter panjang dan mencapai berat sehingga 600 kilogram. Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan mampu menyelam sedalam 400 meter hingga 1200 meter.


Bahagian atas mulut yang melengkung memudahkan Penyu Belimbing menangkap mangsa, terutama ubur-ubur yang merupakan makanan utama. Ia bertelur antara 60 hingga 120 biji semasa musim bertelur, iaitu antara bulan Mac hingga Ogos setiap tahun. Tekstur telurnya berwarna putih dan lembut dengan garis pusat antara 5 hingga 6.5 sentimeter. Tempat utama penyu ini mendarat ke pantai untuk bertelur adalah di Rantau Abang, Paka di Terengganu dan Pahang.

Di Malaysia, spesies penyu ini dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985 dan juga Enakmen Penyu Negeri atau Peraturan-peraturan Perikanan (Penyu dan Telur Penyu).
 
Syiling Penyu Belimbing - Depan

Syiling Penyu Belimbing - Belakang
Kod: Null
Harga syiling Penyu Belimbing dan syiling Lumba-lumba Empesut, dari pemerhatian saya adalah yang tertinggi berbanding syiling-syiling lain dalam siri ini mahupun siri-siri lain kerana ia menjadi buruan para pengumpul dan amat sukar diperolehi. Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM70 - RM200.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan