Isnin, 15 Oktober 2012

Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV (Coin Card)


Duit syiling peringatan ini dikeluarkan bersempena dengan Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV.

Pada 11 April 2012, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV.


Pertabalan ini menandakan dua peristiwa bersejarah yang penting untuk negara dan Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Halim. Pertama, Seri Paduka Baginda merupakan Sultan pertama yang memegang tampuk pemerintahan untuk kali yang kedua. Seri Paduka Baginda sebelum ini pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong V dari tahun 1970 hinggga 1975. Kini, selepas empat dekad, Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Halim sekali lagi ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV. Kedua, Seri Paduka Baginda adalah Yang di-Pertuan Agong pertama yang ditabalkan di Istana Negara baharu yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur.


Seri Paduka Baginda telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-226 pada 14 Oktober 2011 untuk tempoh lima tahun mulai 13 Disember 2011.

 
Syiling Yang di-Pertuan Agong XIV - Depan

Syiling Yang di-Pertuan Agong XIV -Belakang
Kod:00.02
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM15 - RM45.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan