Selasa, 6 November 2012

Duit Syiling Peringatan Sempena Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia Ke-10, 2002 (CoinCard)


DUIT SYILING PERINGATAN KEJOHANAN HOKI LELAKI PIALA DUNIA KE-10, 2002

Duit syiling peringatan ini dikeluarkan bagi memperingati Kuala Lumpur sebagai bandaraya pertama yang menjadi tuan rumah Kejohonan Hoki Lelaki Piala Dunia kali yang kedua. Sebelum ini, Kuala Lumpur telah menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia Ke-3 pada tahun 1975.


Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia Ke-10, 2002 adalah kejohanan Hoki Piala Dunia yang pertama di alaf baru. Keunggulan temasya ini diabadikan dalam rekabentuk syiling peringatan tersebut. Bahagian hadapan duit tersebut mengandungi imej dunia, bayangan dua pemain berserta Menara Berkembar PETRONAS, dan Menara Kuala Lumpur. Logo rasmi kejohanan dipaparkan di bahagian belakang duit tersebut.

Syiling Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia Ke-10, 2002 - Depan

Syiling Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia Ke-10, 2002 - Belakang

Kod:00.55
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM50 - RM65.


Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia Ke-10, 2002

Pada 29 Januari 2002, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan 3 jenis duit syiling peringatan bersempena Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia ke 10. Kejohanan ini akan berlangsung di Kuala Lumpur mulai 24 Februari sehingga 9 Mac 2002.

Ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sah diperlakukan dan spesifikasinya adalah seperti berikut : 

Syiling Emas Peruf
1. Duit Syiling Emas ( peruf )
Duit syiling peruf ini diperbuat daripada logam Emas dengan tahap ketulenan .900 (90%) seberat 9 gram setiap keping. Ia mempunyai nilai muka RM100 dan akan dijual pada mulanya dengan harga RM800.00. Kuantiti tempaan terhad sebanyak 500 keping sahaja. 


2. Duit Syiling Perak ( peruf ) 
Duit syiling peruf ini diperbuat daripada logam Perak Sterling dengan tahap ketulenan .925 (92.5%) seberat 16.8 gram setiap keping. Ia mempunyai nilai muka RM10 dan akan dijual pada mulanya dengan harga RM150.00 sekeping. Kuantiti tempaan terhad sebanyak 2,500 keping sahaja. 

Duit syiling ini diperbuat daripada campuran tiga jenis logam iaitu Tembaga (84%), Zink (12%) dan Timah (4%) bernilai muka RM1. Setiap keping akan dijual pada mulanya dengan harga RM10 setiap satu dan kuantiti tempaan terhad sebanyak 100,000 keping sahaja.

Set 2 dalam 1 Syiling Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia Ke-10

Duit syiling Emas dan Perak juga boleh didapati dalam set berkembar 2 dalam 1. Harga jualan setiap set ditetapkan pada mulanya dengan harga RM1,000 dan terhad kepada 500 set sahaja. 

Reka bentuk Duit Syiling 

Syiling Perak Peruf Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia Ke-10
Kesemua jenis duit syiling yang dikeluarkan mempunyai persamaan dari segi reka bentuk iaitu reka bentuk hadapan memaparkan sebahagian peta dunia, aksi dua pemain hoki dan mercu tanda Kuala Lumpur yang terdiri daripada Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur sebagai reka bentuk latar. Manakala reka bentuk bahagian belakang pula memaparkan logo rasmi Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia 2002 dan nilai muka.

Spesifikasi Teknikal

Jenis Emas Perak Tembaga-Zink-Timah
Kandungan Logam Emas .900 Perak .925 Tembaga (84%), Zink (12%), Timah (4%)
Klasifikasi Peruf Peruf Kilatan Istimewa
Diameter 22.0 mm 32.0 mm 26.0 mm
Weight 9.0 gram 16.8 gram 10.4 gram
Tempaan Diluluskan 1,000 keping 3,000 keping 100,000 keping
Nilai Muka RM100 RM10 RM1
Harga Jualan RM800 sekeping RM150 sekeping RM10 sekeping

Pusat-pusat Jualan

Duit syiling peringatan kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia ke 10 ditempa oleh The Royal Mint of Malaysia, Shah Alam. Kesemua duit syiling ini dijual mulai 29 Januari 2002 dan boleh didapati di cawangan-cawangan utama 5 buah bank perdagangan iaitu Affin Bank Berhad, Bumiputra-Commerce Bank Berhad, Maybank Berhad, Public Bank berhad dan Southern Bank berhad. Duit syiling peringatan ini juga boleh dibeli dari Ibu pejabat Bank Negara Malaysia, Jalan Dato' Onn serta di cawangan-cawangan Bank Negara seluruh Malaysia dan The Royal Mint of Malaysia, Shah Alam. 

Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XII (Coin Card)


PENERBITAN DUIT SYILING PERINGATAN SEMPENA PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XII

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddim ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Croatia), ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong XII pada 25 April 2002.


Diputerakan di Arau, Perlis pada 17 Mei 1943, Baginda mendapat pendidikan awal di Malaysia sebelum menamatkan pendidikan formal di England. Baginda kemudiannya mengikuti kursus di Akademi Tentera DiRaja Sandhurst di United Kingdom. Sekembali ke Malaysia, Baginda telah menyandang beberapa jawatan dalam angkatan tentera. Baginda juga amat meminati bidang sukan dan pendidikan serta aktiviti-aktiviti Persatuan Bekas Tentera Malaysia.


Baginda telah ditabalkan sebagai Raja Muda Perlis pada tahun 1960 dan kemudiannya ditabalkan sebagai Raja Perlis keenam pada 17 April 2000. Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, D.K., S.S.P.J., S.P.M.P., D.M.N. pada tahun 1967.

Syiling Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XII - Depan

Syiling Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XII - Belakang
Kod:00.58
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM80 - RM110.




Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XII

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII pada 25 April 2002. 

Ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sah diperlakukan (legal tender) dan spesifikasinya adalah seperti berikut : 

1. Duit Syiling Emas ( peruf )
Duit syiling peruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 8.6 gram. Ia bernilai muka RM100 dan dijual pada mulanya dengan harga RM800 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 300 keping sahaja.

2. Duit Syiling Perak ( peruf )
Duit syiling peruf ini bernilai muka RM10, diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 925 dan beratnya ialah 21.7 gram setiap keping. Ia dijual pada mulanya dengan harga RM120 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 10,000 keping sahaja. 

3. Duit Syiling Peringatan Tembaga-Nikel - kilatan istimewa (Coin Card)
Duit syiling tembaga-nikel ini bernilai muka RM1 dijual pada mulanya dengan harga RM8 setiap satu. Kuantiti tempaan terhad kepada 100,000 keping.





Kesemua jenis duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1. Set ini dijual pada mulanya dengan harga RM950 dan terhad kepada 100 set sahaja. Spesifikasi terperinci duit-duit syiling peringatan tersebut adalah seperti berikut:

 

Spesifikasi Teknikal

Jenis Emas Perak Tembaga-Nikel
Kandungan Logam Emas 999.9 Perak 925, Tembaga75 Tembaga 75, Nikel 25
Klasifikasi Peruf Peruf Kilatan Istimewa
Diameter 22.0 mm 35.7 mm 33.7 mm
Berat 8.6 gram 21.7 gram 16.8 gram
Tempaan Diluluskan 300 keping 10,000 keping 100,000 keping
Nilai Muka RM100 RM10 RM1
Harga Jualan RM800 sekeping RM120 sekeping RM1 sekeping

Nota: Set 3 dalam dalam 1 yang mengandungi ketiga-tiga jenis duit syling juga boleh didapati pada harga RM950 satu set. 

Rekabentuk Duit Syiling

Syiling Peringatan Tembaga-Nikel - kilatan istimewa

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII dengan nama baginda tertera di sekeliling potret. Manakala reka bentuk sebelah belakang duit syiling ini pula memaparkan lambang rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan nilai muka duit syiling tersebut. 

Pusat-pusat Jualan
Duit syiling peringatan pertabalan ini ditempa oleh The Royal Mint of Malaysia, Shah Alam, dan mula dijual pada 26 April 2002 di lokasi-lokasi berikut:

Pejabat Pos Besar,
Kompleks Dayabumi,
Kuala Lumpur.

dan

Coin Shoppe,
The Royal Mint of Malaysia,
Kompleks Kilang Wang,
Lot 2, Persiaran Selangor,
Seksyen 15,
40704 Shah Alam.
Tel: 603-5519 1611/2/3 dan
Faks: 603-5519 8746

Duit Syiling Peringatan Sempena 45 Tahun Merdeka (Coin Card)


Keranamu Malaysia

Hari Kebangsaan Malaysia yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun merupakan suatu peristiwa yang bermakna kepada negara. Malaysia adalah negara berbilang kaum dan budaya yang unik di dunia. Negara telah menikmati pertumbuhan dan pembangunan yang pesat semanjak mencapai kemerdekaan.


Duit syiling ini yang ditempa khas bagi memperingati Hari Kebangsaan Malaysia, memaparkan Bagunan Sultan Abdul Samad dengan rekabentuk senibina Moor yang terkenal. Logo dan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini (2002), 'Keranamu Malaysia', juga tertera melambangkan sentimen warga Malaysia.

Syiling 45 Tahun Merdeka - Depan
Syiling 45 Tahun Merdeka - Belakang

Kod:00.081
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM180 - RM220.


Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena 45 Tahun Merdeka

Pada 28 Mac 2002, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-45 pada 31 Ogos 2002. Ketiga-tiga duit syiling yang sah diperlakukan (legal tender) adalah seperti berikut:
  1. Duit Syiling Peringatan Emas (peruf)
    Duit syiling peruf ini diperbuat daripada emas dengan ketulenan 999.9 seberat 8.6 gram setiap keping. Ia mempunyai nilai muka RM100 dan dijual pada mulanya dengan harga RM888 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 300 keping.

  2. Duit Syiling Peringatan Perak (peruf)
    Duit syiling peruf ini mempunyai nilai muka RM10 dan diperbuat daripada logam perak sterling dengan ketulenan 925. Beratnya 21.7 gram setiap satu dan dijual pada mulanya dengan harga RM128 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 1,800 keping.

  3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (kilatan istimewa dan peruf)
    Duit syiling emas Nordic (Nordic gold) ini dikeluarkan dalam dua versi iaitu kilatan istimewa dan peruf, masing-masing dengan nilai muka RM1. Duit syiling emas Nordic kilatan istimewa (Coin Card) boleh didapati secara individu, pada mulanya dengan harga RM7 setiap satu. Kuantiti tempaan bagi duit syiling jenis ini adalah terhad kepada 10,000 keping. 
Duit syiling emas Nordic peruf hanya boleh didapati dalam set 3-dalam-1 dan set 2-dalam-1. Duit syiling peringatan set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling peringatan peruf emas, perak dan emas Nordic. Set ini dijual pada mulanya dengan harga RM1,008 setiap set dan hanya terdapat 100 set sahaja. Set duit syiling peringatan 2-dalam-1 pula mengandungi duit syiling peruf perak dan emas Nordic. Set duit syiling ini dijual pada mulanya dengan harga RM168 setiap set dan hanya terdapat 200 set sahaja. Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan adalah seperti berikut:

Duit Syiling Peringatan 45 Tahun Merdeka
Spesifikasi Teknikal

Jenis
Logam
Nilai Muka (RM)
Kuantiti Tempaan
(pieces)
Harga Jualan (RM)
Garis-pusat (mm)
Berat (gram)
Bentuk
Emas (Peruf)
Emas
(Au999.9)
100
200
888
22.0
8.6
Bulat dengan 'milled edge'
Perak (Peruf)
Perak Sterling (Ag925)
10
1,500
128
35.7
21.7
Bulat dengan 'milled edge'
Emas Nordic (Kilatan Istimewa)
Cu89 Zn5 AI5 Sn1
1
10,000
7
30.0
9.16
Bulat dengan 'milled edge'
Boleh juga didapati dalam set
Kuantiti
Harga Jualan (RM)
Set 2 dalam 1
Duit Syiling Peruf Perak dan Emas Nordic
200
168
Set 3 dalam 1
Duit Syiling Peruf Emas, Perak dan Emas Nordic
200
1,008

Nota: Emas Nordic adalah logam berwarna keemasan yang diperbuat daripada campuran logam tembaga (89%), Zink (5%), Aluminium (5%) dan Timah (1%).

Rekabentuk Duit Syiling 

Set 3 dalam 1 Syiling 45 Tahun Merdeka

Rekabentuk untuk ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sama iaitu di sebelah hadapan tertera bendera Malaysia, logo dan tema hari kebangsaan tahun ini, 'Keranamu Malaysia', perkataan '45 TAHUN MERDEKA' dan tarikh '31 OGOS 2002'. Di sebelah belakang pula tertera Bangunan Sultan Abdul Samad, KL Monorail dan Menara Kuala Lumpur, nilai muka dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.

Pusat-pusat Jualan
Duit syiling peringatan 45 Tahun Merdeka ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia, Shah Alam. Duit syiling peringatan ini boleh didapati mulai 2 September 2002 di pusat-pusat jualan seperti berikut:
  1. Pejabat Pos Besar, Kuala Lumpur dan 13 Pejabat Pos Negeri.

  2. Cawangan terpilih AmBank Berhad dan AmFinance Berhad.

  3. Coin Shoppe The Royal Mint of Malaysia, Kompleks Kilang Wang, Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40740 Shah Alam. (Tel no: 03-55191611/2/3)

  4. Muzium Matawang, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur. (Tel no: 03-26988044) 

Isnin, 5 November 2012

Duit Syiling Peringatan Sempena Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-negara Berkecuali XIII (NAM)(Coin Card)


SIDANG KEMUNCAK PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI XIII

Ditubuhkan pada tahun 1961, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) telah berkembang daripada 25 buah negara anggota sewaktu ia dilancarkan kepada 114 buah negara anggota pada hari ini.


Malaysia amat berbangga kerana diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak Ke-XIII NAM di Kuala Lumpur dari 20 hingga 25 Februari 2003. Tuan rumah kepada 12 Sidang Kemuncak NAM yang lalu adalah Belgrade (1961 dan 1989), Kaherah (1964), Lusaka (1970), Algiers (1973), Colombo (1976), Havana (1979), New Delhi (1983), Harare (1986), Jakarta (1992), Cartagena (1995) dan Durban (1998).

Syiling Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-negara Berkecuali XIII (NAM) - Depan

Syiling Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-negara Berkecuali XIII (NAM) - Belakang

Kod:00.001
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM90 - RM120.