Jumaat, 19 Disember 2014

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China Ke-40

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China Ke-40. Duit syiling peringatan ini telah disampaikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kepada TYT Li Keqiang, Perdana Menteri China sebagai tanda hubungan diplomatik antara kedua-dua negara selama lebih daripada empat dekad dan akan terus diperkukuh pada masa akan datang. Acara penyampaian syiling peringatan ini berlangsung pada 31 Mei 2014 di Great Hall of The People, Beijing.
Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:
1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 99.99 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya RM1,800 sekeping. Sebanyak 500 keping sahaja ditempa.
2. Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM200 sekeping. Sebanyak 2,000 keping sahaja ditempa.
3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
Nilai muka duit syiling emas nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya RM10 sekeping. Sebanyak 25,000 keping sahaja ditempa.
Duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam Set 3 dalam 1 dan Set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling pruf emas, perak berwarna dan emas nordic. Set ini akan dijual pada harga RM2,100 dan terdapat 750 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling pruf perak berwarna dan emas nordic. Set ini akan dijual pada harga RM250 dan terdapat 750 set sahaja. Butiran terperinci berkenaan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan ini adalah seperti berikut;


Spesifikasi Teknikal


Jenis Duit Syiling
Logam
Nilai Muka
(RM)
Kuantiti Tempaan (keping/set)
Garis Pusat (mm)
Berat
(gram)
Bentuk

Pruf Emas

Emas (Au99.99)
100
500
22.0
7.96
Bulat dengan sisi bergerigi

Pruf Perak Berwarna
Perak (Ag99.9)
10
2,000
40.7
31.1
Bulat dengan sisi bergerigi

Emas Nordic
Cu89
Zn5 Al5
Sn1
1
25,000
30.0
 8.5
Bulat dengan sisi bergerigi

Set 2 dalam 11

10 + 1
750




Set 3 dalam 12

100 + 10 + 1
750



Nota:
1Set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling pruf perak berwarna dan emas nordic.
2Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling pruf emas, perak berwarna dan emas nordic.
 

Reka Bentuk Duit Syiling

Berikut ialah keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan tersebut:
1. Bahagian Hadapan Duit Syiling
Pada bahagian tengah duit syiling peringatan ini terdapat gambar Menara Berkembar Petronas dan Tembok Besar Negara China sebagai ikon bagi Malaysia dan China, manakala bendera kedua-dua negara (yang berwarna bagi versi penuh berwarna) dipaparkan pada bahagian bawah ikon masing-masing. Perkataan “MALAYSIA-CHINA DIPLOMATIC RELATIONS” tertera pada bahagian atas duit syiling dan tahun “1974-2014” yang menandakan ulang tahun yang ke-40 dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling tersebut.
2. Bahagian Belakang Duit Syiling
Perkataan ‘40th Anniversary’ tertera pada bahagian tengah berlatarkan langit Malaysia dan China yang masing-masing dipaparkan pada bahagian kiri dan kanan duit syiling. Latar langit Malaysia terdiri daripada Muzium Negara, Menara Telekom Malaysia, Menara Kuala Lumpur, Pejabat Perdana Menteri Putrajaya, Menara Berkembar Petronas, Menara Tabung Haji, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam. Latar langit China pula terdiri daripada  Oriental Pearl TowerChina International Trust Investment Plaza, Tembok Besar Negara China, Beijing National StadiumChina Central Television HeadquartersShanghai World Financial CentreJin Mao Tower,Forbidden CityYonghe Temple dan Temple of Heaven. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala nilai muka syiling tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut. 
Reka bentuk lengkap duit syiling peringatan ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut:

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan telah mula dijual pada 27 Jun 2014 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) dan pejabat wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru serta cawangan di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching. 
Bank Negara Malaysia
31 Mei 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan