Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Negara ke-25, Bank Negara Malaysia telah melancarkan 3 jenis duit syiling peringatan yang sah diperlakukan (legal tender) pada 31 Ogos 1982. Syiling peringatan ini ditempa dan dikilangkan oleh Royel Mint, United Kingdom menggunakan logam emas, perak dan tembaga-zink dimana setiap jenis dikeluarkan dalam bentuk peruf dan bukan peruf.
Jenis-jenis Duit Syiling Peringatan
1. Duit Syiling Peringatan Emas
Duit syiling ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan .900 (90%) seberat 10.26 gram setiap keping dan mempunyai nilai muka RM500. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 1,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula kuantiti tempaan adalah terhad kepada 20,000 keping sahaja.
2. Duit Syiling Peringatan Perak
Duit syiling ini diperbuat dari logam perak dengan ketulenan .500 (50%), seberat 35.00 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM25. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 7,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula didatang dalam kad syiling biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 150,000 keping sahaja
3. Duit Syiling Peringatan Kupro-Nikel
Duit syiling ini diperbuat dari logam kupro-nikel seberat 16.80 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM1. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 15,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula, kuantiti tempaan adalah terhad kepada 1,500,000 keping sahaja.
Syiling-syiling peringatan ini juga di dalam set peruf 3 dalam 1 mengandungi syiling peringatan peruf emas (RM500), syiling peringatan peruf perak (RM25) dan syiling peringatan peruf kupro-nikel (RM1) dimana kuantiti tempaan adalah terhad kepada 4,000 set sahaja.
Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan ini adalah seperti berikut:
Duit Syiling Peringatan Sempena
Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-25
Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-25
Spesifikasi Teknikal
Jenis
|
Kupro-Nikel
|
Perak
|
Emas
| |||
Kandungan Logam
|
Tembaga 75%
Nikel 25%
|
Perak 50%
Tembaga 40%
Nikel 5%
Zink 5%
|
Emas 90%
| |||
Diameter
|
33.40 mm
|
40.00 mm
| ||||
Berat
|
16.80 gram
|
35.00 gram
|
10.26 gram
| |||
Ketebalan
|
2.5 mm
|
3.35 mm
|
1.40 mm
| |||
Klasifikasi
|
Peruf
|
Bukan Peruf
|
Peruf
|
Bukan Peruf
|
Peruf
|
Bukan Peruf
|
Jumlah Tempaan
Dibenarkan
|
15,000
|
1,500,000
|
7,000
|
150,000
|
1,000
|
20,000
|
Boleh juga didapati dalam set
|
Klasifikasi
|
Jumlah Set Dibenarkan
| ||||
Set 3 dalam 1
Duit Syiling Emas, Perak dan Kupro-Nikel
|
Peruf
|
4,000
| ||||
Rekabentuk Duit Syiling
Rekabentuk bagi ketiga-tiga syiling adalah sama dengan bahagian hadapan, ia mengandungi imej Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra sedang menjulang keris dengan berlatar belakang bulan dan bintang dari bendera Malaysia. Di sekeliling syiling tertera perkataan "TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA * MALAYSIA".
Rekabentuk belakang pula, perkataan "25 TAHUN MERDEKA 1957-1982" di letakkan di belah atas syiling, Jata Negara di letakkan di bahagian tengah syiling sementara nilai muka syiling diletak di bahagian bawah syiling.
![]() |
| Syiling Perak Bukan Peruf - Depan |
![]() |
| Syiling Perak Bukan Peruf - Belakang |
Kod:00.09
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan perak bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM90 - RM110.
![]() |
| Syiling Kupro Nikel bukan peruf - Depan |
![]() |
| Syiling Kupro Nikel bukan peruf - Belakang |
Kod:00.81
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan Kupro-Nikel bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM15 - RM30.









