Jumaat, 21 Februari 2014

Duit Syiling Peringatan Perak Peruf Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Tabung Alam Sedunia (Silver Proof Coin)



Duit syiling peringatan perak peruf ini telah dilancarkan pada 24 November 2011 oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan, bertempat di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Ia dilancarkan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke-50 Tabung Alam Sedunia (World Wide Fund for Nature (WWF).


Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualan pada awalnya RM150 sekeping. Sebanyak 350 keping sahaja ditempa. Spesifikasi teknikal duit syiling peringatan perak ini adalah seperti berikut:

SPESIFIKASI TEKNIKAL
TECHNICAL SPECIFICATIONS
JENIS .
TYPE
Duit Syiling Perak Pruf .
Proof Silver Coin
KANDUNGAN .
COMPOSITION
Perak . Silver
92.5
GARIS PUSAT .
DIAMETER (mm)
35.70
BERAT .
WEIGHT (g)
21.00
TEBAL .
THICKNESS (mm)
2.40
Tarikh dikeluarkan : 24 November 2011 . Date of issue : 24 November 2011

Tempaan dibenarkan : 350 keping . Authorised Mintage : 350 pieces

Rekabentuk hadapan duit syiling ini, pada sekeliling permukaan duit syiling terpapar imej spesies haiwan negara yang terancam seperti Harimau Malaya, Badak Sumatera, Tapir Malaya, Gajah Asia, Burung Kenyalang Badak dan Penyu Laut. Pada bahagian tengah duit syiling ini dipaparkan imej hutan yang penting untuk kewujudan hidupan liar. Imej itu juga melambangkan usaha WWF dalam perlindungan alam sekitar, pemuliharaan hidupan liar yang terancam dan habitat hutan di Malaysia.  Perkataan “Ulang Tahun Ke-50” adalah untuk memperingati 50 tahun usaha WWF menangani isu-isu alam sekitar, manakala tahun “1961-2011” menandakan tempoh penubuhan WWF. 

Sementara rekabentuk bahagian belakang pula, pada bahagian tengah duit syiling dipaparkan tanda dagangan berdaftar serta logo organisasi iaitu “WWF” dan beruang Panda. Perkataan “Bank Negara Malaysia”, iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan, tertera pada bahagian atas duit syiling. Denominasi duit syiling tersebut iaitu "10 ringgit" pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling. Imej dan siluet bunga Rafflesia Azlanii, iaitu bunga yang unik bagi Malaysia, dipaparkan pada bahagian kiri syiling tersebut.

Rekabentuk duit syiling peringatan perak ini adalah seperti paparan berikut:

Syiling Perak Ulang Tahun ke-50 WWF - Depan
Syiling Perak Ulang Tahun ke-50 WWF - Belakang
Kod:00.005
Harga semasa (2014) untuk syiling perak peruf ini adalah diantara RM500 - RM700. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan