Jumaat, 21 Februari 2014

Duit Syiling Peringatan Perak Peruf Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-125 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Silver Proof Coin)


Duit syiling peringatan perak peruf ini telah dilancarkan pada 14 Oktober 2010 oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri, bertempat di Dewan Perdana FELDA, Jalan Maktab, Kuala Lumpur. Syiling ini dikeluarkan sempena sambutan Ulang Tahun Ke-125 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).


Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualan pada mulanya RM150 sekeping. Sebanyak 300 keping sahaja ditempa. Spesifikasi syiling ini adalah seperti berikut:

SPESIFIKASI TEKNIKAL
TECHNICAL SPECIFICATIONS
JENIS .
TYPE
Duit Syiling Perak Pruf .
Proof Silver Coin
KANDUNGAN .
COMPOSITION
Perak . Silver
92.5
GARIS PUSAT .
DIAMETER (mm)
35.70
BERAT .
WEIGHT (g)
21.00
TEBAL .
THICKNESS (mm)
2.40
Tarikh dikeluarkan : 14 Oktober 2010 . Date of issue : 14 October 2010
Tempaan dibenarkan : 300 keping . Authorised Mintage : 300 pieces

Sedikit keterangan mengenai JUPEM diberi bersama syiling ini

Rekabentuk hadapan syiling perak peruf ini memaparkan imej jurukur JUPEM sedang menjalankan kerja-kerja ukur menggunakan teodolit dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling peringatan ini. Alat ini digunakan untuk mengukur nilai sudut dan ruang yang mendatar atau rangkaian antara tanda ukur. Alat ini juga digunakan untuk menentukan arah garis penglihatan dalam pengukuran. Nama "Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia" tertera pada bahagian bawah duit syiling, manakala perkataan "125 Tahun" dipaparkan pada bahagian atas duit syiling tersebut.

Sementara di bahagian belakang syiling, logo rasmi JUPEM dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling, manakala perkataan "Bank Negara Malaysia" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan, tertera pada bahagian atas duit syiling. Tahun "1885-2010" tertera di bawah logo, manakala nilai muka duit syiling ini iaitu "10 ringgit" dipaparkan pada bahagian bawah reka bentuk duit syiling.

Rekabentuk syiling peringatan perak peruf ini adalah seperti berikut:

Syiling perak Ulang Tahun ke-125 JUPEM - Depan

Syiling perak Ulang Tahun ke-125 JUPEM - Belakang
Kod:00.005
Harga semasa (2014) untuk syiling perak peruf ini adalah diantara RM500 - RM700. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan