Jumaat, 11 Januari 2013

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Bank Negara Malaysia Ke-20


Pada 26 Januari 1979, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan 2 jenis syiling peringatan yang sah diperlakukan (legar tender) bersempena Ulang Tahun Bank Negara Malaysia ke-20Syiling peringatan ini ditempa dan dikilangkan oleh Birmingham Mint menggunakan logam perak dan tembaga-nikel.

Jenis-jenis Duit Syiling Peringatan

1. Duit Syiling Peringatan Perak
Duit syiling peruf ini diperbuat dari logam perak dengan ketulenan .925 (92.5%), seberat 16.85 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM1. Syiling perak peruf ini didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 8,000 keping sahaja.

2. Duit Syiling Peringatan Tembaga-Nikel
Duit syiling ini diperbuat dari logam tembaga-nikel seberat 16.85 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM1. Syiling ini didatangkan dalam bentuk bukan peruf dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 300,000 keping sahaja.

Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan ini adalah seperti berikut:

Duit Syiling Peringatan Sempena
Ulang Tahun Bank Negara Malaysia Ke-20

Spesifikasi Teknikal

Jenis
Tembaga-Nikel
Perak
Kandungan Logam

Tembaga 75%
Nikel 25%

Perak 92.5%
Tembaga 7.5%

Nilai Muka
RM 1
RM 1
Diameter
33.30 mm
33.30 mm
Berat
16.85 gram
16.85 gram
Ketebalan
2.20 mm
2.20 mm
Klasifikasi
Bukan Peruf
Peruf
Jumlah Tempaan
Dibenarkan

300,000
8,000


Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk hadapan bagi syiling peringatan ini memaparkan bangunan ibu pejabat dan logo rasmi Bank Negara Malaysia. Di bahagian bawah syiling tertera tahun "1959-1979".

Rekabentuk belakang pula diletakkan nilai muka syiling dibahagian tengah syiling tersebut. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" diletakkan disekeliling di bahagian atas dan perkataan "DUA PULUH TAHUN" disekeliling bahagian bawah syiling.


Syiling Tembaga-Nikel 20 Tahun BNM - Depan

Syiling Tembaga-Nikel 20 Tahun BNM - Belakang
Kod:00.81
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan tembaga-nikel bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM45 - RM55.

Khamis, 10 Januari 2013

Pengeluaran Syiling Peringatan Bagi Syiling Edaran Malaysia Tahun 1980 Dan Peringatan Tahun 1976, 1977 & 1979 (Set 9 dalam 1 peruf)




Pada tahun 1980, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan syiling peringatan peruf 9 dalam 1. Syiling peringatan ini dikeluarkan mengandungi denominasi 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan 1 ringgit tahun 1980 disamping 1 ringgit syiling perak (Ulang Tahun Ke-20 Bank Negara Malaysia, 1979), 10 ringgit syiling perak (Rancangan Malaysia Ke-3,1976) dan 25 ringgit syiling perak (Sukan Asia Tenggara Ke-9, 1977). Syiling peringatan ini menggunakan spesifikasi asal syiling tersebut dan kesemuanya ditempa dalam bentuk peruf. Syiling ini telah ditempa dan dikilangkan oleh Franklin Mint, Amerika Syarikat dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 5,000 set sahaja.






Turut dibekalkan bersama syiling ini adalah kotak baldu berwarna biru, kotak keras luar berwarna putih, sijil keaslian, surat berdaftar dan sepasang sarung tangan khas bagi memegang syiling peringatan ini (jika perlu). 

SPESIFIKASI TEKNIKAL


Nilai Muka
25 Ringgit
10 Ringgit
1 Ringgit
1 Ringgit
50 Sen
20 Sen
10 Sen
5 Sen
1 Sen

Logam

Perak 92.5%
Perak 92.5%
Perak 92.5%
Kupro-Nikel
Kupro-Nikel
Kupro-Nikel
Kupro-Nikel
Kupro-Nikel
Gangsa
Berat

(Gram)
34.10
10.44
16.85
17.00
9.33
5.65
2.82
1.41
1.94
Diameter

(mm)
42.10
-
33.30
33.90
27.70
23.50
19.40
16.20
17.70
Tepi
Huruf Ukir
Rata
Milled
Milled
Security Edge
Milled
Milled
Milled
Rata




Kod:00.0821
Harga semasa (2014) untuk syiling peringatan ini adalah diantara RM1300 - RM1550.


Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Abad Ke-15 Hijrah

Pada 11 November 1980, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan syiling peringatan yang sah diperlakukan  (legal tender) sempena Abad Ke-15 Hijrah yang jatuh pada tanggal 1 Muharam 1401 Hijrah. Syiling ini dikeluarkan menggunakan logam tembaga-nikel dan dikeluarkan dalam bentuk bukan peruf sahaja. 

Duit syiling, seberat 17.00 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM1. Syiling ini telah ditempa dan dikeluarkan oleh Kilang Wang, Shah Alam dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 500,000 keping sahaja. Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan ini adalah seperti berikut:

Duit Syiling Peringatan Sempena
Abad Ke-15 Hijrah

Spesifikasi Teknikal 

Jenis
Tembaga-Nikel
Kandungan Logam

Tembaga 75%
Nikel 25%

Nilai Muka
RM1
Diameter
33.40 mm
Berat
17.00 gram
Ketebalan
2.50 mm
Klasifikasi
Bukan Peruf
Jumlah Tempaan
Dibenarkan
500,000

Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk syiling peringatan ini di bahagian hadapan menggambarkan logo sambutan sedunia perayaan menyambut ketibaan Abad Ke-15 Hijrah baharu. Huruf jawi "HA" bermaksud hijrah. Bangunan Kaabah dan menara Masjid Nabawi di Madinah melambangkan penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari kota Mekah ke kota Madinah dan permulaan perkiraan tahun hijrah. Sarang labah-labah melambangkan perpaduan dikalangan ummat Islam di Malaysia dan dunia.

Rekabentuk belakang pula dihiasi dengan perkataan jawi "Sambutan Abad Ke-15 Hijrah" diletakkan dibelah atas syiling, nilai muka diletakkan dibahagian tengah syiling dengan tulisan jawi "1401 Hijrah" di atasnya. Perkataan  jawi "Malaysia" ditempa dibahagian bawah syiling.

Syiling Peringatan Abad Ke-15 Hijrah - Depan

Syiling Peringatan Abad Ke-15 Hijrah - Belakang
Kod:00.81
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan tembaga-nikel bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM35 - RM45.

Selasa, 8 Januari 2013

Pengeluaran Syiling Peringatan Bagi Syiling Edaran Malaysia Tahun 1981

Pada tahun 1981, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan syiling peringatan bagi Syiling Edaran tahun 1981. Syiling peringatan ini dikeluarkan dalam set 6 dalam 1 mengandungi denominasi 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan 1 ringgit. Syiling peringatan ini menggunakan spesifikasi asal syiling edaran tersebut namun ditempa dalam bentuk peruf. Syiling ini telah ditempa dan dikilangkan oleh Franklin Mint, Amerika Syarikat dan kuantiti tempaan adalah tidak diketahui.


SPESIFIKASI TEKNIKAL

Nilai Muka
1 Ringgit
50 Sen
20 Sen
10 Sen
5 Sen
1 Sen

Logam

Kupro-Nikel
Kupro-Nikel
Kupro-Nikel
Kupro-Nikel
Kupro-Nikel
Gangsa
Berat
(Gram)
17.00
9.33
5.65
2.82
1.41
1.94
Diameter
(mm)
33.90
27.70
23.50
19.40
16.20
17.70
Tepi
Milled
Security Edge
Milled
Milled
Milled
Rata

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia Ke-4


Sempena memperingati Pelancaran Rancangan Malaysia Ke-4 oleh Perdana Menteri Malaysia Ketiga, Tun Hussein Onn pada 16 Mac 1981, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan 3 jenis syiling peringatan yang sah diperlakukan (legal tender). Syiling ini dikeluarkan menggunakan logam emas, perak dan kupro-nikel dimana setiap jenis dikeluarkan dalam bentuk peruf dan bukan peruf. 

Jenis-jenis Duit Syiling Peringatan

1. Duit Syiling Peringatan Emas
Duit syiling ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan .900 (90%) seberat 10.26 gram setiap keping dan mempunyai nilai muka RM500. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 1,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula kuantiti tempaan adalah terhad kepada 20,000 keping sahaja.

2. Duit Syiling Peringatan Perak
Duit syiling ini diperbuat dari logam perak dengan ketulenan .500 (50%), seberat 16.85 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM20. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 5,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula didatang dalam kad syiling biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 100,000 keping sahaja

3. Duit Syiling Peringatan Kupro-Nikel 
Duit syiling ini diperbuat dari logam tembaga dan nikel, seberat 16.90 gram setiap sekeping dan mempunyai nilai muka RM1. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf, ia didatangkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia dan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 10,000 keping sahaja. Syiling bukan peruf pula, kuantiti tempaan adalah terhad kepada 1,000,000 keping sahaja.

Syiling-syiling peringatan ini juga di dalam set peruf 3 dalam 1 mengandungi syiling peringatan peruf emas (RM500), syiling peringatan peruf perak (RM20) dan syiling peringatan peruf tembaga-nikel (RM1) dimana kuantiti tempaan adalah terhad kepada 3,300 set sahaja. Kesemua syiling ini telah ditempa dan dikilang oleh Franklin Mint, Amerika Syarikat.

Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan ini adalah seperti berikut:

Duit Syiling Peringatan Sempena
Rancangan Malaysia Ke-4

Spesifikasi Teknikal
  

Jenis

Kupro-Nikel
Perak
Emas
Kandungan Logam


Tembaga 75%
Nikel 25%

Perak 50%
Tembaga 40%
Nikel 5%
Zink 5%

Emas 90%
Diameter
33.36 mm
33.34 mm

Berat
16.90 gram
16.85 gram
10.26 gram
Ketebalan
2.60 mm
2.40 mm

Klasifikasi
Peruf
Bukan Peruf
Peruf
Bukan Peruf
Peruf
Bukan Peruf
Jumlah Tempaan
Dibenarkan
10,000
1,000,000
5,000
100,000
1,000
20,000
Boleh juga didapati dalam set
Klasifikasi

Jumlah Tempaan Dibenarkan


Set 3 dalam 1
Duit Syiling Emas, Perak dan Kupro-Nikel

Peruf
3,300

Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk bagi ketiga-tiga syiling adalah sama dengan bahagian hadapan, ia mengandungi imej Perdana Menteri Malaysia yang ketia, Tun Hussein Onn. Di bahagian bawah imej tersebut tertera perkataan "TUN HUSSEIN ONN".

Rekabentuk belakang pula, perkataan "1981 * RANCANG MALAYSIA KEEMPAT * 1985" di letakkan di belah atas syiling, Jata Negara di letakkan di bahagian tengah syiling sementara nilai muka syiling diletak di bahagian bawah syiling. Bagi syiling emas, tulisan halus "900/1000 FINE GOLD" di letak dibawah Jata Negara bagi memaklumkan jenis emas yang digunakan untuk membuat syiling ini.

Syiling Perak Bukan Peruf - Depan

Syiling Perak Bukan Peruf - Belakang

Kod:00.56
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan perak bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM50 - RM70.

Syiling Kupro Nikel bukan peruf - Depan

Syiling Kupro Nikel bukan peruf - Belakang

Kod:00.81
Harga semasa (2012) untuk syiling peringatan Kupro-Nikel bukan peruf ini dalam kondisi BU adalah diantara RM15 - RM30.