Khamis, 1 November 2012

Duit Syiling Peringatan Sempena Mesyuarat Tahunan Bank Pembangunan Islam (IDB) Ke-30 (Coin Card)


MESYUARAT TAHUNAN LEMBAGA GABENOR BANK PEMBANGUNAN ISLAM (IDB) YANG KE-30

Bank Pembangunan Islam ialah sebuah institusi kewangan antarabangsa yang ditubuhkan pada 15 Syawal 1395 Hijrah (20 Oktober 1975). Objektif penubuhannya adalah untuk menggalakkan pembangunan ekonomi dan kemajuan sosial negara-negara anggota dan komuniti Islam sedunia berlandaskan prinsip-prinsip Syariah (perundangan Islam).


Anggota-anggotanya adalah terdiri daripada 55 buah negara dari empat benua terbesar dunia iaitu Afrika, Asia, Eropah dan Amerika Latin.


Putrajaya, Malaysia telah dipilih sebagai lokasi untuk Mesyuarat Tahunan Lembaga Gabenor Bank Pembangunan Islam yang ke-30 yang akan berlangsung pada 23-24 Jun 2005. Tema Mesyuarat pada kali ini ialah 'IDB : 30 Tahun Pembangunan Insan'.

Syiling Mesyuarat Tahunan IDB Ke-30 - Depan

Syiling Mesyuarat Tahunan IDB Ke-30 - Belakang
Kod:00.51
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM12 - RM20.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan